Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Hilmy Othman meminta pengunjung bekerjasama menjadi ‘spy‘ (pengintip) di bazar Ramadan, petik Buletin TV3.
“Saya menggesa semua peniaga supaya bekerjasama dengan DBKU dalam menjaga kebersihan.
Baca Juga:
- ‘Tak Macam Dulu’ – Pengunjung Kecewa Bazar Ramadan Kini Jadi ‘Food Festival’

- ‘Kecil Bagi Kita Tapi Besar Buat Mereka’ – Baju Melayu Terpakai Percuma Tersedia Di Bazar Ramadan Ini

- PPIM Terima Banyak Aduan Kes Tipu Tapak Bazar Ramadan

“Kepada pengunjung pula, tolong menjadi ‘mata’ untuk memerhatikan sama ada peniaga mematuhi piawaian kebersihan.
“Jika ada peniaga mengabaikan kebersihan, laporkan segera kerana keutamaan kita ialah keselamatan kesihatan orang ramai,” katanya.
Tambah beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) akan turut menjalankan pemeriksaan rutin di mana sampel makanan dikumpul secara berkala dari bazar Ramadan untuk ujian makmal.
“KKM akan menjalankan tugasnya seperti biasa dengan mengambil sampel makanan secara berkala untuk dianalisis.
“Mereka akan mengenal pasti sama ada terdapat kes keracunan makanan atau makanan yang tidak selamat dijual,” katanya.