Pendakwah terkena, Profesor Dr Mohd Riduan Tee akui kecewa melihat satu lagi trend oleh pasangan Gen Z, bercium di tempat awam secara terbuka.
Lebih menyedihkan kerana ianya menjadi satu trend yang bermakna, perbuatan itu dibuat untuk dikongsikan di media sosial.
Menurut Profesor Ridhuan Tee, perbuatan tersebut bercanggah dengan ajaran Islam serta tidak sesuai dengan norma dan budaya masyarakat Melayu, walaupun pasangan tersebut sudah berkahwin sekalipun.
Dipetik daripada sumber mStar, Ridhuan berkata: “Kepada pasangan yang sudah berkahwin, berpada padalah, walaupun sudah halal. Jaga adab dan akhlak.”
Beliau berpendapat bahawa perbuatan sebegitu tidak sepatutnya dilakukan di tempat awam: “Eloklah dibuat di tempat tertutup, bukannya di tempat awam sehingga menimbulkan fitnah,” tambahnya.
Ridhuan Tee mengakui rasa meluat melihat video video tersebut. Dan menyeru agar masyarakat terutama Gen Z tidak menormalisasikan budaya seperti itu.
“Kalau tengok video tersebut, rasa macam nak muntah tak?
“Mungkin saya bukan Gen Z, namun ada perkara yang mereka buat kita boleh terima dan ada yang tidak boleh,” tegasnya.
Dia turut meminta Gen Z bertanya kepada ibu bapa atau adik beradik mereka, sama ada perbuatan seperti itu okay?
“Kalau mak ayah mereka cakap okay, saya tak boleh nak kata apa apa. Namun saya percaya mak ayah mereka pun akan senada dengan saya,” tutupnya.