Gabriele Gravina rasmi meletakkan jawatan sebagai presiden Italian Football Federation (FIGC) berikutan kegagalan Itali layak ke Piala Dunia 2026.
Sebelum ini Fabio Capello mempersoalkan kenapa Gravina dan beberapa pegawai tertinggi FIGC tidak terus meletakkan jawatan mereka setelah Itali ditendang keluar daripada play off oleh Bosnia?
๐จ Gravina has reportedly RESIGNED from the FIGC ๐ฎ๐นโ๐
It was probably by force but this is a good first step. What comes after is even more important. pic.twitter.com/9IJ3KfTyRH
— Italy Focus ๐ฎ๐น (@Italy_Focus) April 2, 2026
Gravina adalah nama yang paling banyak mendapat kritikan di Itali. Walaupun Itali memenangi Euro 2020, namun penanda aras utama bola sepak Itali adalah paling minimum layak ke Piala Dunia.
Berikut adalah 4 kelemahan FIGC di bawah pimpinan Gravina.
1. Struktur Liga Domestik Yang Lemah
Serie A pernah menjadi liga utama di dunia. Namun sejak sedekad, Serie A sangat jauh di belakang liga seperti EPL, La Liga dan Bundesliga dalam semua aspek.
Banyak kelab di Serie A bergelut dengan masalah kewangan terutama sekali pasca pandemik. Kesan kewangan itu turut dirasai kelab besar seperti Juventus dan Inter.
Part 1.
Italian football is over. Gravina OUT
โ Brescia relegated by default after winning the playout. Championship rigged.
โ Salernitana appeals and threatens Serie B with 21 teams. Playout against Sampdoria in chaos
โ SPAL goes bankrupt for the third time in twenty years pic.twitter.com/Jstx9PNXo1— ๐๐พ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฝ๐ฒ๐ผ๐ผ๐ฒ๐ถ๐ธ (@Juventissimo90s) June 11, 2025
Banyak stadium di Itali yang sudah usang. Gravina dikecam sebelum ini kerana dianggap terlalu lambat bertindak untuk mereformasikan pertandingan domestik.
Kerana kekuatan di peringkat domestik boleh membantu menaikkan kualiti skuad kebangsaan.
Itali terkenal dengan sejarah di mana skuad kebangsaannya dipacu oleh bakat bakat tempatan elit mereka yang dibangunkan dalam Serie A. Mereka bersaing dengan pemain pemain dari luar Itali yang merupakan nama besar, untuk meningkatkan kualiti permainan.
Kini Serie A bukan lagi tumpuan bintang bintang mega untuk datang.
2. Pembangunan Pemain Muda Yang Lemah
Perkara ini pernah dibangkitkan oleh Roberto Baggio pada 2011 lagi. Ketika itu Roberto Di Baggio dilantik menjadi ketua bahagian teknikal Itali dengan objektif yang jelas untuk membantu menaikkan bola sepak Itali.
Namun Roberto Baggio meletakkan jawatan tiga tahun kemudian dan berkata: “Apa yang berlaku adalah, mereka tak membenarkan saya melaksanakan peranan yang telah diamanahkan kepad asaya. Sebab itu saya dah tidak mahu lagi meneruskan kerjasama ini.”
Roberto Baggio menyiapkan laporan kira kira 900 muka surat tentang perkara yang boleh atau perlu dilakukan untuk pembangunan bola sepak Itali, namun FIGC enggan mendengarnya.
Instead of listening to Baggio- they fired him.
Look at the below, an extract from 900 pages he formulated.
Gravina and his gang OUT pic.twitter.com/fa573uNw6p
— ๐๐พ๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฝ๐ฒ๐ผ๐ผ๐ฒ๐ถ๐ธ (@Juventissimo90s) April 1, 2026
Hal yang sama masih berlaku sehingga ke hari ini. Di mana Gravina dan pasukannya tidak begitu tegas dalam aspek pembangunan pemain muda seperti mana dilakukan England atau Sepanyol mahupun Jerman.
Akademi di Itali dianggap semakin ketinggalan dari segi banyak aspek terutama sekali teknologi dan Sains Sukan. Hanya beberapa kelab besar sahaja yang benar benar memiliki akademi dan fasiliti yang kondusif untuk pembangunan bakat muda dari akar umbi.
3. FIGC Gagal Menmperkasakan Hala Tuju Pasukan Selepas Euro 2020
Itali mengejutkan dunia apabila menjuarai Euro 2020. Ianya adalah sinar baru untuk bola sepak Itali di bawah Roberto Mancini sebagai pengurus.
Namun apa yang berlaku FIGC gagal membantu skuad kebangsaan berkembang daripada pasukan tersebut.
Gabriele Gravina dianggap presiden yang tidak ada pelan jangka panjang untuk meneruskan momentum kejayaan itu. Itali malah gagal mara ke Piala Dunia 2022, walaupun ketika itu bergelar juara eropah.
Italyโs results under Gravina:
โ EURO 2020 win*
โ Missed out on 2022 WC
โ R16 of EURO 2024
โ Missed out on 2026 WC
โ Zero reforms* he didnโt choose Mancini for the EURO win. pic.twitter.com/9oP5Uq5eqj
— Italian Football TV (@IFTVofficial) April 2, 2026
Pandangan sama diutarakan Fabio Capello baru baru ini yang menganggap, masalah terbesar bola sepak Itali itu adalah struktur.
Capello: ‘Itali Sedang Berkabung Namun Tidak Seorang Pun Pegawai Tertinggi FIGC Letak Jawatan’
Capello berkata: โPakar perlu dibawa masuk, analisis apa yang sedang berlaku dan mulakan pembinaan semula dari asas.
โMasalah ini bukan hanya soal keputusan, ia adalah masalah struktur,โ jelasnya, sambil menekankan kepentingan pelaburan dalam pembangunan bola sepak remaja.
4. Gravina Lambat Bertindak Dan Suka Menyalahkan Orang Lain
Ketika pasukan Itali bergelut dengan prestasi, Gravina menyalahkan Mancini. Menurut Gravina, kejayaan Itali adalah kerana FIGC.
Sebaliknya Mancini mendakwa, sebenarnya pasukan kebangsaan Itali sedang diuruskan dalam sistem yang rosak.
Itulah sikap Gravina yang dibenci ramai pihak di Itali. Setiap kali ada kejayaan atau perkara yang bagus, dia paling depan ‘klaim’ bahawa itu kerana kepimpinannya.
Apabila ada perkara yang tidak bagus atau krisis, dia akan menyalahkan orang lain dan lambat memberikan respon.
Satu dunia memuji Mancini sebagai ‘overperform’ ketika membantu Itali memenangi Euro dengan kekangan pilihan bakat berbanding beberapa negara kuat yang lain.
Namun Gravina ada pandangan berbeza. Menurutnya, Mancini hanya melaksanakan apa yang telah disediakan FIGC.
Mancini mencadangkan beberapa perkara untuk pembangunan bola sepak Itali. Termasuk menambah dana untuk pembangunan dan juga teknologi serta staf teknikal di pusat latihan.
Tetapi Gravina pula buat pekak kerana baginya, apa yang sedia ada sudah cukup bagus. Buktinya adalah kejayaan Euro 2020. Dia sentiasa hidup dengan masa lalu.
Tanpa memikirkan bahawa beberapa pemain daripada skuad Euro 2020 itu perlu digantikan dengan bakat baharu yang berbakat.
Apa yang Mancini katakan itu benar, kerana Itali gagal layak ke Piala Dunia 2020. Gravina enggan letak jawatan walaupun ditekan ramai pihak.
Kerana menurutnya, dia sudah membuktikan dirinya sebagai presiden yang bagus ketika membantu Itali menjuarai Euro 2020. Dia malah meletakkan beban itu di bahu Mancini, mempersoalkan taktikal dan pengurusan jurulatih itu.
Mancini akui dia tidak dapat memahami manusia seperti Gravina dan dia meletakkan jawatannya.
“Situasinya sangat sukar. Ada beberapa masalah yang bertimbun yang gagal diselesaikan. Jika Gravina lebih kerap berbincang dengan saya dalam beberapa minggu ini, mungkin masalah masalah ini dapat diselesaikan.
“Ya, saya tidak lagi merasai kepercayaan yang sama seperti dahulu daripada Gravina.
“Ada beberapa perkara yang saya beritahu Presiden bahawa: ‘baik, saya boleh lakukannya’. Sebenarnya tidak boleh. Itu silap saya. Kerana tak berterus terang,” kata Mancini.
Ketika Mancini meletakkan jawatan, Gravina mengancam mahu menyaman pengurus itu. Kerana menurutnya, Mancini letak jawatan sebab nak kejar gaji besar di Arab Saudi.
๐จ Italian Football Federation President Gabriele Gravina has revealed they are considering suing former Italy coach Roberto Mancini.
(Source: Daily Mail) pic.twitter.com/r62KXPpaSM
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) September 29, 2023