Itali mungkin masih boleh ke Piala Dunia sekiranya FIFA melakuka satu lagi siri play off untuk menentukan satu lagi pasukan ke Piala Dunia 2026.
Itali sebelum ini gagal dalam final play off Piala Dunia 2026, setelah dikejutkan oleh Bosnia.
Ini adalah kali ketiga berturut turut juara dunia 4 kali – Itali – gagal layak ke Piala Dunia setelah tewas di pusingan final play off.
Namun harapan Itali untuk ke Piala Dunia masih ada. Hal ini kerana, pada ketika ini FIFA sedang mempertimbangkan kemungkinan sekiranya Iran benar benar tidak mahu menyertai Piala Dunia 2026.
Sebelum ini Iran sudah memberitahu bahawa mereka tidak akan menyertai Piala Dunia, selepas AS terlibat dalam operasi ketenteraan yang mengorbankan pemimpin tertinggi mereka.
Terdapat desas desus menyatakan bahawa FIFA mungkin akan memberikan slot Iran itu kepada pasukan dari Asia yang paling jauh mara dalam kempen kelayakan, dari kalangan pasukan yang gagal layak.
Tetapi kini The Athletic melaporkan bahawa FIFA sedang mempertimbangkan play off antara benua.
Menurut laporan yang sama, 4 pasukan akan dipilih untuk play off tersebut melibatkan 2 pasukan daripada zon Eropah dan 2 pasukan daripada zon Asia.
Mereka akan berentap dalam separuh akhir play off dan kemudian play off.
Itali antara pasukan yang berada dalam senarai pertimbangan tersebut selain daripada Poland, berdasarkan pencapaian mereka dalam saingan play off.
🚨 Italy could have one last chance to play at the 2026 World Cup. 🌍🇮🇹🤯
FIFA are considering a potential playoff in case of non-participation by Iran in the World Cup. 🇮🇷
The playoff could involve:
🔸Two countries from the European zone
🔸Two countries from the Asian zone… pic.twitter.com/tYmSzAGCev— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) April 12, 2026