Pagi ini Nissan kejutkan peminat dengan ‘teaser’ model ikonik mereka ‘Skyline’ generasi baharu.

Menerusi dua imej yang dikongsikan, bahagian hadapannya miliki emblem huruf ‘S’ Skyline R34, tipografi klasik ‘Skyline’ Hakosuka dan lampu belakang bulat berkembar.

Menurut portal Motor1, Pengarah Reka Bentuk Global Nissan Alfonso Albaisa, P menyatakan bahawa Skyline akan ‘diinspirasikan daripada sejarah lampau’, namun ia bukanlah sebuah ‘eksperimen rekaan retro’.

Nissan Kongsi 'Teaser' Model Skyline Generasi Baharu
Sumber Gambar: Nissan

Tambah beliau, rekaan kereta tersebut akan kelihatan ‘agresif dan moden yang mengimbau kembali model asalnya’.

Memetik laporan itu lagi, sedan Nissan ini dijangka akan menggunakan nadi enjin 3.0 liter V6 pengecas turbo berkembar yang telah ditala semula yang menghasilkan 450 hp.

Kuasa itu disalurkan ke roda belakang dengan pilihan transmisi manual. Model ini dikatakan akan mengisi ruang di antara Nissan Z dan juga GT-R.

Sumber