Dalam mengejar keunikan dan kesempurnaan memori perkahwinan, pihak jurugambar sedia memberikan cadangan idea yang luar biasa kepada pasangan termasuk pemilihan, tema, tempat penggambaran dan waktu yang sesuai.
Namun, tindakan sepasang pengantin yang mengadakan sesi fotografi perkahwinan berlatarbelakangkan letupan mercun pada lewat malam telah bertukar menjadi satu kontroversi.
Demi merakam sekeping gambar kenangan yang disifatkan ‘estetik’, ketenteraman awam seolah-olah diketepikan, sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk setempat yang terganggu waktu rehat mereka.
Menerusi perkongsian seorang pengguna yang dikenali sebagai @hunnyrara, dia meluahkan kekecewaan apabila waktu rehatnya di malam hari terganggu dek kerana kewujudan sesi pengambaran sepasang pengantin yang mahu berlatar belakangan percikan mercun.

“Orang bodoh mana ni? aku mmg panas hati je, dah la bukan korg je berkali org aku hadap main mercun pepagi buta kul 12.50 mlm buat photoshoot kahwin ke apa tah eh,” ujarnya.
Apa yang membuatka dia berang lagi susulan tindakan tidak sensitif itu telah menyebabkan anak kecilnya sukar untuk tidur dan berehat seperti rutin biasa.
Dalam pada itu, dia turut menyuluh laser sebagai protes terhadap gangguan yang dilakukan oleh pihak jurugambar yang memilih untuk berbuat sedemikian di kawasan berdekatan perumahan orang ramai.

Didakwa mereka telah melakukan konfrontasi apabila melenting dan memanggil individu terbabit untuk bersemuka di bawah. Lokasi kejadian bertempat di tepi ruang parkir bersebelahan perumahan de bayu apartment Setia Alam.
Boleh klik di sini untuk lihat video penuh.
Luahan penduduk setempat itu malahan mendapat sokongan daripada warganet yang mana rata-ratanya membidas tindakan membakar mercun di malam hari sehingga mengganggu ketenteraman sejagat.