Pada hari semalam, kami sudah melaporkan tentang gangguan ketenteraman awam yang didakwa dilakukan oleh sekumpulan individu yang melakukan penggambaran untuk perkahwinan dengan berlatar belakangan percikan bunga api.
Penduduk setempat memaklumkan sekali lagi bahawa disyaki individu yang sama datang kembali dengan melakukan pembakaran bunga api yang lebih dahsyat.

Difahamkan siri kejadian berikutnya berlaku pada 2 pagi semalam di mana rakaman memperlihatkan bunga api telah dibakar untuk tempoh yang lama.
Kedengaran bunyi detuman yang kuat sekaligus pasti cukup mengejutkan sesiapa sahaja yang berdekatan di kawasan tersebut.
“Gangguan bunyi mercun pukul 2 pagi di Debayu Setia Alam buat kali kedua. Sebelum ni kes pengantin, ini hari dia datang balas dendam balik ke?,” terang seorang penduduk.

Sebagai buktinya, rekod maklumat digital rakaman itu juga memaparkan tarikh ia dirakam yang tertera 27 April, Isnin pada 2:12 pagi. Boleh tonton video penuh dengan klik di sini.

Terdapat juga gambar bungkusan sampah bunga api yang ditingalkan begitu sahaja oleh suspek di tempat kejadian terbabit. Dimaklumkan ini merupakan kali kedua kejadian pembakaran bunga api tetapi kali ini dipercayai lebih kepada bermotifkan balas dendam kerana telah ditegur.
Oleh itu, penduduk setempat berharap agar pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil tindakan tegas kerana sudah dikira mengganggu ketenteraman awam.
Lebih mengejutkan lagi apabila ada individu didakwa terbabit dalam hal itu tampil bertengkar dengan sejumlah penduduk setempat dan netizen di platform Threads.

Pelbagai komen acah ‘savage’ yang dilontarkan serta memberi respon sinis untuk menegakkan benang yang basah susulan insiden tersebut.