Pelawak terkenal Amerika Syarikat, Dave Chappelle sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan kenyataan pedas terhadap DJ Khaled berhubung sikapnya yang dilihat tidak bersuara mengenai konflik di Gaza.

Sedangkan selebriti lain yang tidak ada kaitan dengan P*lestin atau berbeza agama dan bangsa dengan rakyat Pal*stin lebih aktif bersuara atas dasar kemanusiaan.

Dalam persembahan komedinya yang terkini, Chappelle mempersoalkan kenapa DJ Khaled yang berketurunan Palestin tidak tampil menyuarakan pandangan mengenai situasi di wilayah tersebut.

“Kamu orang Palestin, bagaimana kamu boleh berdiam diri sekarang?” kata Chappelle di hadapan penonton.

Namun, kenyataan itu menjadi lebih kontroversi apabila beliau turut menyentuh aspek fizikal DJ Khaled secara berseloroh dengan berkata:

“Dan kenapa kamu sangat gemuk? Orang sedang kebuluran di Gaza. Dia satu-satunya orang Palestin yang gemuk di dunia sekarang.”

Kenyataan tersebut pantas tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi. Ada yang melihat ia sebagai gaya humor sinikal Chappelle yang terkenal dengan komedi berunsur sindiran politik.

Ada yang setuju denggan Chapelle kerana DJ Khaled dianggap terlalu tidak peduli isu di Gaza sejak dulu lagi.

Ada yang menganggap DJ Khaled lebih memilih menjaga hati penajanya berbanding negara asal usul nenek moyangnya.

Setakat ini, DJ Khaled belum memberikan sebarang respon terhadap kenyataan tersebut.

Konflik di Gaza terus menjadi perhatian dunia, dengan ramai selebriti, atlet dan tokoh awam mengambil pendirian masing-masing sama ada menyuarakan sokongan atau memilih untuk berdiam diri.

Isu ini sekali lagi membuka perbincangan tentang batas kebebasan bersuara, sensitiviti dalam komedi, serta tanggungjawab sosial figura awam terhadap isu global yang melibatkan kemanusiaan.