Dua wakil negara, Selangor dan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan turun beraksi pada petang dan malam ini dalam aksi separuh akhir kedua Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26.

Selangor yang memiliki kelebihan satu gol akan berkunjung ke Thien Truong Stadium untuk berhadapan dengan Nam Dinh manakala JDT pula perlu memadamkan kelebihan dua gol dimiliki Buriram United di gelanggang lawan.

Walaupun jauh dari tanah air, para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia Tenggara melibatkan dua pasukan Malaysia itu.

Info Siaran Langsung Separuh Akhir Kedua Piala Shopee 2025/26
Kredit Foto: SPORTFIVE

Separuh Akhir 2 ACC Piala Shopee 2025/26

Nam Dinh lawan Selangor
Sepak mula: 6:30 petang, 13 Mei 2026 (Rabu)
Tempat: Thien Truong Stadium, Nam Dinh
Link Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2 (804) & Astro GO

Buriram United lawan JDT
Sepak mula: 8:00 petang, 13 Mei 2026 (Rabu)
Tempat: Chang Arena, Buriram
Link Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2 (803) & Astro GO

Buriram
Kredit Foto: SPORTFIVE

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan Piala Shopee 2025/26.

Sekiranya anda tidak berada di rumah dan mahu menyaksikannya di komputer riba mahupun telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara ‘Live Streaming’.

Ini merupakan peluang terbaik buat kedua-dua wakil negara itu untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas serantau.