Kalau anda perasan, ramai pemain bola sepak profesional — daripada Cristiano Ronaldo, Jude Bellingham sehinggalah pemain liga tempatan — sering tampil dengan kaki yang licin tanpa bulu.

Ramai menganggap ia sekadar faktor penampilan atau fesyen moden, tetapi realitinya ada sebab yang lebih praktikal untuk sukan bola sepak sebagai atlet profesional.

5 Pemain
Kredit Foto: FRANZ NEUMAYR / APA / AFP

Ramai pemain profesional akan memastikan kaki mereka licin tidak ada bulu. Mereka akan mencukurnya dengan pelbagai cara yang paling berkesan termasuk menggunakan laser.

Ianya dilakukan hampir setiap minggu, sama seperti mereka masuk ke kedai gunting rambut. Cuma alasan untuk gunting rambut kerap itu lebih kepada menjaga gaya berbanding dengan alasan meencukur bulu kaki.

Jadi ini alasan sebenar kenapa pemain pemain bola sepak mencukur licin bulu kaki mereka.

Ini Sebab Pemain Bola Sepak Cukur Licin Bulu Kaki
FILE PHOTO: Soccer Football – Champions League – Round of 16 – Second Leg – Liverpool v Paris St Germain – Anfield, Liverpool, Britain – March 11, 2025 Liverpool’s Mohamed Salah in action with Paris St Germain’s Nuno Mendes REUTERS/Peter Powell/File Photo

Dalam dunia bola sepak profesional, tubuh pemain dianggap aset utama. Setiap perincian kecil yang boleh membantu prestasi dan pemulihan akan diberi perhatian.

Antara sebab paling utama ialah memudahkan rawatan fisioterapi dan urutan otot. Pemain menjalani sesi urut, terapi pemulihan dan rawatan hampir setiap hari, terutamanya selepas latihan atau perlawanan.

Kaki tanpa bulu memudahkan penggunaan minyak, krim rawatan serta teknik urutan.

Selain itu, pemain juga sangat kerap menggunakan kinesiology tape dan balutan sokongan otot. Tape ini digunakan untuk membantu pemulihan atau mengurangkan risiko kecederaan.

Masalahnya, apabila mahu menanggalkannya, bulu kaki akan tercabut dan ia juga memberikan kesakitan buat pemain. Selain itu, kinseiology tape ini akan lebih berkesan jika kaki mereka tidak ada bulu yang tebal.

Bayangkan menanggalkan pita pelekat kuat daripada kaki berbulu selepas 90 minit perlawanan. Sebab itu ramai pemain memilih jalan lebih mudah — cukur sahaja.

Aspek rawatan kecederaan juga memainkan peranan dalam hal ini.

Bola sepak merupakan sukan yang penuh kontak fizikal. Luka kecil, calar, geseran atau hentakan merupakan perkara biasa. Kaki tanpa bulu memudahkan proses membersihkan luka dan mengurangkan gangguan ketika rawatan dilakukan.

semangat messi kata Javier Mascherano

Menariknya, ada juga pemain yang percaya kaki tanpa bulu memberi rasa lebih selesa ketika memakai stokin panjang dan pelindung tulang kering (shin guard).

Walaupun mungkin lebih kepada pilihan individu, ramai mengakui ia mengurangkan rasa tidak selesa akibat geseran.

Namun dalam bola sepak moden, faktor budaya juga tidak boleh diketepikan. Apabila majoriti pemain profesional melakukannya, ia akhirnya menjadi kebiasaan dalam komuniti bola sepak.

Jadi jika anda fikir pemain bola sepak cukur bulu kaki semata-mata untuk nampak bergaya, jawapannya tidak sepenuhnya tepat.

Faktor utama sebenarnya lebih berkait dengan rawatan, pemulihan dan keselesaan, manakala aspek penampilan hanyalah bonus tambahan. Misalnya, pemain mahu menayangkan otot kaki yang cantik sebagai satu cara publisiti untuk menarik penaja.