Dengan fasiliti interenet dan kuasa media sosial memang terbukti mampu membantu bisnes kecil-kecilan di kawasan terpencil tanpa sempadan.

Rezeki itu tidak pernah salah alamat, dan kadangkala ia datang dari arah yang tidak disangka-sangka

Siapa sangka, sebuah kedai kecil yang menawarkan servis rantai kunci ‘custom’ di Kuala Kangsar yang pada mulanya sunyi sepi tanpa pelanggan, kini bertukar meriah sekelip mata.

Semuanya bermula daripada satu perkongsian di TikTok yang meruntun jiwa netizen. Dari sebuah video ynag dirakam oleh seorang pengguna TikTok bernama @tkahmyra menemui sebuah kedai rantai kunci yang diusahakan oleh seorang lelaki berusia emas sedang menunggu seseorang untuk datang membeli hasil kraf tangannya.

Melihat kehadiran wanita itu telah memberi sinar harapan untuk meraih pendapatan pada hari tersebut, dia langsung menyambut pelanggannya dengan senyuman yang kebetulan pada ketika itu sudah mahu tutup kedainya.

“Tunggu sekejap ya nak, pakcik buatkan,” ujarnya kepada wanita berkenaan.

Pemilik kedai itu gigih melakukan kerjanya dengan mencari aksara perkataan dengan pelbagai warna menarik untuk dipadankan mengikut kreativiti kemudian melakukan proses berikutnya sehingga lengkap.

Kedainya kelihatan sepi kerana kekurangan sambutan orang awam dan mungkin juga kekurangan promosi.

Selain membuat tempahan khas, lelaki berusia itu turut menjual rantai kunci dengan nama sudah siap untuk mereka yang berminat. Menariknya, harga pula sekitar RM5 yang mana dikira sangat mampu milik.

@tkahmyra

Pakcik dah nk ttp, tapi pakcik kata “takpe nak.. pakcik dari pagi ddk2 buat keje je takde org pon😭😭”. Semoga murah rezeki selalu pakcik🥹🤲🏻. Semoga sihat selalu ya.. 📍Location: Lembah Kuala Kangsar #kualakangsar #lembahkualakangsar

♬ suara asli – lulu || 𝕮𝖆𝖕𝖈𝖚𝖙 – lulu

Video yang tular itu telah meraih 3.2 juta jumlah tontonan di platform TikTok dan menarik minat ramai untuk turut membantu insan yang sedang berusaha mencari rezeki dikala hasil kraf tangan semakin dilupakan oleh generasi kini.

Berkat keprihatinan luar biasa rakyat Malaysia, kedai tersebut bukan sahaja dibanjiri tempahan yang melimpah ruah, malah dihujani dengan sejumlah sedekah tanpa disangka-sangka.

“”Terkejut katanya tak de jual banyak mana tau-tau ada orang sedekah menerusi QR,” kongsi wanita itu sewaktu bertemu dengan pak cik yang dikenali sebagai Zainal pada hari berikutnya.

@tkahmyra

Alhamdulillah happy betul pakcik harini🥹. Terkejut katanya takde jual bnyk mana tau2 ada org QR. Terima kasih warga tiktok yang baik2. Moga korang semua murah rezeki dan dipermudahkan urusan.. Katanya order dah banyakk insyaallah semua boleh bersabar menantinya ya 🙌🏻. Kalau ada yg berminat nk order boleh je pm anak sdara pakcik zainal : @H a n n a ♥️ #kualakangsar #lembahkuala

♬ Mencintaimu Piano Cover – Peaceano

Difahamkan dia sudah mulai menerima tempahan dalam talian yang banyak dan menariknya lebih ramai bersedekah kepada pak cik itu selepas videonya tular.