Misi pencarian pendaki wanita, Nur Izzati Humaira Azizul yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Bukit Changkat Asa sejak Sabtu lalu, malangnya berakhir dengan khabar duka. Mangsa telah ditemukan meninggal dunia pada tengah hari ini.

Menurut pengesahan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dikongsikan oleh BERNAMA, Nur Izzati sebelum ini dipercayai tersesat ketika sedang melakukan aktiviti pendakian di kawasan bukit berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan sejurus laporan kehilangan dibuat akhirnya membawa kepada penemuan mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan butiran terperinci mengenai punca sebenar kematian dan lokasi spesifik mayat ditemui. Mayat mangsa dijangka akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Berita selanjutnya akan menyusul.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Nur Izzati Humaira atas tragedi yang mengejutkan ini. Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian berat ini, dan semoga rohnya dicucuri rahmat.