Personaliti tv dan radio, Azad Jasmin yang mesra dipanggil Pak Azad terkejut melihat satu bangunan rumah flat di dalam sebuah perkampungan di Hulu Langat.
Azad Jasmin terperasan rumah flat tersebut ketika dalam perjalanan untuk penggambaran di kawasan tersebut.
Rumah flat buat sendiri?
Dia hairan dan ingin tahu, sama ada rumah flat tersebut dibuat sendiri oleh beberapa individu tanpa melalui pemaju yang disahkan kerajaan tempatan?
Ini kerana binaan rumah tersebut nampak tidak seperti rumah flat yang biasa.
“Asalamualaikum kepada anda semua. Saya sebenarnya tengah menjalani penggambaran di Langat. Saya suruh pembantu saya berhenti semata mata mahu melihat sendiri, sebab saya tidak faham tentang rumah ini.
“Ini rumah apa ini sebenarnya pada pandangan anda semua? Rumah dibuat sendirikah?
“Saya tidak faham dengan rumah ini? Peliklah.”
Di ruangan komen netizen mulai berspekulasi tentang binaan rumah tersebut. Mereka juga mahukan penjelasan daripada pihak berkuasa yang berkaittan.
Hal ini kerana binaan rumah tersebut dianggap tidak menepati ciri ciri keselamatan bangunan untuk didiami.
Selain itu, ada juga yang perasan bahawa bangunan tersebut ada bersambung elektrik melalui kabel yang bersambung ke bangunan tersebut.
Apapun kita sama sama tunggu penjelasan daripada pihak berwajib tentang status rumah tersebut.