Satu video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki berbangsa India membantu lelaki Melayu yang dia sendiri baru kenali.
Namun atas semangat persaudaraan sesama orang Malaysia lelaki India tersebut berkata: “Saya bantu abang sebab kita adik-beradik”.
Segalanya bermula apabila seorang lelaki Melayu bertongkat kerana pernah terkena strok tidak ada kenderaan untuk pulang.
Lelaki Melayu tersebut buntu dan tidak tahu bagaimana cara dia nak balik, terutama sekali dia baru sahaja berpindah ke kawasan tersebut.
Seorang lelaki India menghampirinya dan bertanya: “Macamana abang nak pulang keadaan macam ini? Tidak mengapa saya bantu hantar abang.”
Lelaki Melayu tersebut tergamam dan bertanya: “Boleh ke awak tolong?”
Lelaki India itu membalas: “Boleh bang, kita orang Malaysia, kita semua adik-beradik abang,” kata lelaki tersebut sambil meminta lelaki Melayu itu agar tidak bersedih atau menangis.
Lelaki India itu segera meminta seorang lagi rakannya menghantar lelaki Melayu tersebut menggunakan motosikal. Dia turut menghulurkan sedikit wang yang membuatkan lelaki Melayu itu benar-benar terharu.
Netizen rata-rata terharu dan bangga melihat apa yang berlaku. Bukti bahawa, bercakaran di media sosial tidak sama sekali memutuskan tali persaudaraan di dunia sebenar.
Seorang netizen berbangsa India berkata: “Kami orang India, walaupun suara macam dinosour sampai 10 km pun boleh dengar, kami sebenarnya dalam hati ada taman.”
Yang lain berkata: “Saya pernah tersesat di Puchong, seorang anak muda berbangsa India tunjukkan jalan sampai masuk ke lebuhraya, terima kasih macha.”
Seterusnya netizen berkata: “Politiklah yang selalu cuba memecah belahkan kita semua.”