Perlawanan keempat peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) Elite 2026/27: Jeonbuk Hyundai Motors lawan Johor Darul Ta’zim (JDT) [3 November 2026, 6:00 petang]
Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia melibatkan wakil tunggal negara iaitu JDT di Korea Selatan.
Perlawanan Keempat ACL Elite 2026/27
Jeonbuk Hyundai Motors lawan Johor Darul Ta’zim (JDT)
Sepak mula: 6:00 petang, 3 November 2026 (Selasa)
Tempat: Jeonju World Cup Stadium, South Korea
Link Siaran Langsung: Astro Arena Bola 803, Youtube AFC Hub (Akses VPN)
Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC seperti ACL Elite 2026/27.
Jika tidak menyaksikannya di kaca televisyen, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau langganan Sooka untuk menonton perlawanan menarik ini secara ‘Live Streaming’.
JDT Idam Kemenangan Ketiga Berturut-Turut Dalam ACL Elite 2026/27
Skuad kendalian Xisco Munoz itu pastinya berada di mood terbaik untuk terus memanjat tangga teratas dalam kempen ACL Elite 2026/27 susulan dua kemenangan berturut-turut dilakarkan sebelum ini ke atas Pohang Steelers dan Port FC.
Selain itu, skuad Harimau Selatan juga masih belum mengalami sebarang kekalahan selepas mengharungi tiga perlawanan bersama Kashima Antlers, Vissel Kobe, Gamba Osaka, Beijing Guoan, Al Ain, Shabab AlAhli, Al Qadsiah dan Al Ahli.
Walaupun beraksi di gelanggang lawan, JDT harus mengambil kesempatan berikutan prestasi kurang meyakinkan Jeonbuk pada ketika ini.
Mereka hanya mampu meraih dua kemenangan dalam 10 aksi terakhir mereka dimana salah satunya hadir ketika bertemu Kashiwa Reysol pada aksi pembukaan ACL Elite.
Selepas mengharungi tiga perlawanan, JDT berada di tangga keempat dengan tujuh mata manakala Jeonbuk pula menghuni tangga ke-10 dengan mengumpulACL E empat mata.