Seorang pengemis warga emas tular di Threads. Ini kerana beberapa netizen mendakwa mereka mengenali pengemis tersebut.
Pengemis tersebut mengemis di sekitar Damansara. Dan apa yang menarik, netizen mendakwa dia tinggal di rumah banglo dan memiliki kerena VW Polo.
Netizen berkongsi: “Kita yang tinggal di Damansara mesti pernah tengok uncle ini dekat KFC Mutiara Damansara.
“Sumber dari Threads, dia mengemis sekitar Petaling Jaya, Damansara. Apek ini mampu meraih RM200-300 sehari dengan mengemis.

“Dia duduk di banglo Damansara Jaya. Selepas kutip duit, dia akan menukarkan duit kecil itu kepada duit besar dan kemudian masukannya dalam mesin deposit tunai.
“Menurut seorang budak kedai kopo, sekali dia tukar duit dalam RM200 lebih. Selepas itu dia akan minum minum latte dan pekena Ikea meatball.”
Hantaran itu disambut dengan komen seorang lagi netizen lain yang berkata: “Dia pakai kereta VW Polo, dia parkir di Ikano Power Centre.”
Jika benar dakawaan lelaki tua itu meraih sekitar RM200 sehari, bermakna dia boleh mendapat kira kira RM6,000 sebulan, tegas seorang lagi warganet.

Seorang lagi berkata: “Saya selalu terserempak dengan pak cik ini selepas habis syif kerja. Dia memakai kasut Skechers menghala ke IPC. RM200 ke RM300 dalam tangan. Gaji sehari dia lagi mahal daripada pekerja sektor koporat.”
Ramai yang kenal dengan lelaki tersebut mengingatkan agar tidak meberikan dia duit derma kepadanya, kerana dia bukan orang susah.