Belum pun selesai isu pegawai polis rogol dan samun seorang pelajar lelaki dan perempuan sebuah kolej swasta, kini tular pula video seorang pegawai polis difahamkan memukul orang awam.

Tindakan beliau itu telah direkod dan ditularkan oleh laman Telegram Edisi Siasat sebelum disebarkan di laman media sosial X/Twitter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Melalui hantaran terbabit, difahamkan bahawa pegawai tersebut berpangkat OCS (Ketua Polis Balai) di Sri Gading, Batu Pahat Johor.

Dalam rakaman berdurasi dalam 36 saat, kelihatan beliau menampar-nampar muka seorang lelaki sambil menarik rambutnya.

Selain itu, kedengaran beliau memarahi lelaki tersebut, ‘dah la tak puasa, mencuri pula.’

Tidak pasti bila video itu diambil, namun kebanyakan netizen percaya bahawa video itu sudah lama, namun ditularkan semula oleh Edisi Siasat.

Video tersebut kini mendapat perhatian ramai netizen di laman media sosial X, kebanyakan mereka mempersoal tindakan pegawai polis tersebut melakukan aksi kejam itu di kawasan awam.

Sebahagian netizen pula mempersoalkan tahap disiplin pegawai polis sambil menghubungkan kes rogol dan samun pelajar kolej dengan video tersebut.