Meskipun sudah lama pihak kerajaan memaklumkan warga bukan Malaysia tidak dibenarkan untuk mengisi minyak RON 95, masih terdapat segelintir individu khususnya dari Singapura yang masih lagi mengambil kesempatan untuk mengisinya.
Difahamkan harga minyak di Malaysia yang ditawarkan secara subsidi untuk warga Malaysia jauh lebih rendah berbanding minyak negara mereka.
Terbaharu, tular sebuah perkongsian menerusi platform Twitter @blackmerz101 yang memaklumkan tindakan beliau selaku warganegara Malaysia yang menegur warga Singapura ini telah dibalas kata-kata yang kurang enak di mana warga Singapura tersebut mempersoal kembali sama ada beliau bekerja di stesen minyak tersebut atau sebaliknya.
Mantak langsiiii woooo
Plet asing (Singapura). Isi minyak kuning bila tegur cakap abg kerja sini ke? Lemah undang² sini. Bukan benda baru.#JohorBahru pic.twitter.com/oepL0TqB47
— 𝓦𝓱𝔂 ~ 𝓦𝓱𝔂 (@blackmerz101) February 21, 2023
Situasi yang dikongsikan secara tidak langsung telah mendapat perhatian para netizen yang turut berang dengan warga Singapura yang masih lagi berdegil untuk mengisi minyak bersubsidi negara tanpa rasa bersalah. Malah, terdapat netizen yang kecewa dengan penguatkuasaan yang didakwa lemah.
Tunjuk IC masa bayar petrol. Simple je solusi nya, tapi nak buat payah.. https://t.co/8nZkwaanvV
— Farhan Izani (@farhanizani_) February 22, 2023
bina ayat (5 markah) https://t.co/LhxJL1iXCl pic.twitter.com/VIoehu4lNi
— ben (@rfqlllll) February 22, 2023
Kenderaan depa ni penyebab jem di JB 🤦🏻♀️ https://t.co/It8xVsvX0A
— 🇲🇾🇵🇸 (@Nf_eza) February 22, 2023
Nombor plet dah ada kan. Muka pun jelas. Sampai kat imigresen Malaysia tahan je. Selagi tak bayar denda kena tahan kat situ. Law enforcement kat Malaysia ni pun lemah sbb tu Singaporeans ni naik lemak. https://t.co/pRgGXu03uC
— Ira (SN) (@EyrahClyne) February 22, 2023
Sehubungan dengan itu, orang ramai mengharapkan terdapat sebuah undang-undang di mana mereka yang membuat kesalahan di Malaysia perlu membayar denda terlebih dahulu sebelum memasuki Singapura. Selain itu, memperkenalkan sebuah mekanisme dalam menangani isu warganegara dan bukan warganegara mengisi minyak bersubsidi antara yang perlu dibuat.