Tular satu klip video seorang pemandu lori tangki minyak mempertahankan diri daripada seorang lelaki yang menyerangnya di plaza tol.
Menerusi rakaman video berdurasi dua minit itu, pemandu lori berkenaan membunyikan hon selepas menunggu lama kereta Proton Wira di hadapannya yang tidak bergerak walaupun palang sudah dibuka.
Berang dihon, penumpang Proton Wira itu keluar dari kereta lalu membuat provokasi.
Kemudian penumpang kereta itu memanjat masuk ke dalam lori dan menyerang pemandu lori dengan memukul pada bahagian kepala berkali-kali.
Bagi mempertahankan diri, pemandu lori melepaskan beberapa tendangan sehingga penyerang keluar dari lori tersebut.
Seorang pengawal keselamatan tiba ke tempat kejadian untuk menyuraikan pergaduhan tersebut.
Walaupun sudah dihalang, penyerang itu masih mahu mencari pasal.
‘Abang tanker buat benda betul’
Warganet menyatakan mereka berasa puas hati melihat cara ‘abang tanker‘ mempertahankan dirinya.
“Tindakan abang tanker itu memang betul. Dia mempertahankan lori daripada diceroboh,” kata netizen.
Orang ramai turut berharap agar pihak berkuasa dapat menahan penyerang itu yang bersikap agresif ke atas pengguna jalan raya lain.