Bertarikh 29 April, Acer Malaysia telah membawakan barisan sejumlah produk menfokuskan pada prestasi gaming yang luar biasa buat para peminat tempatan.
Pada kali ini, Acer Malaysia telah memperlihatkan sebuah komputer riba, kad grafik, pengawal gaming dan juga paparan skrin OLED yang terkini.
Predator Helios 18 AI

The Predator Helios 18 AI (PH18-73) menyediakan prestasi bertahap komputer desktop dalam reka bentuk mudah alih, dihasilkan untuk para gamer tegar dan penggemar teknologi yang menginginkan canggih untuk permainan dan lain-lain.
Dilengkapkan dengan RAM DDR5 sehingga 96GB dan simpanan SSD sehingga 4TB, Helios 18 AI menyokong RAM DDR5 sehingga 192GB dengan 4 slot memori dan simpanan NVMe SSD sehingga 6TB dengan 3 slot khusus.

Direka untuk pengalaman yang mendalam, Predator Helios 18 AI menawarkan paparan IPS Mini LED 2K WQXGA 18 inci dengan kadar segar semula tinggi 250Hz, dilengkapkan dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 5080.
Kedua-dua pilihan dilengkapkan dengan reka bentuk berbingkai nipis dengan ketepatan warna DCI-P3 100% dan mod HDR 1000 nits, menyediakan visual yang menawan untuk para gamer dan golongan pencipta yang menginginkan prestasi dan kualiti paparan yang unggul.
Predator Helios 18 AI dilengkapkan dengan teknologi AeroBlade™ 3D generasi ke-6 untuk prestasi penyejukan yang unggul. Ia mengandalkan 100 bilah kipas ternipis di dunia (0.05mm) yang dilaraskan secara dinamik mengikut kecepatan kipas, meningkat dan diselaraskan dalam masa nyata untuk mengekalkan aliran udara yang tinggi.
Inovasi ini menghasilkan peningkatan dalam aliran udara sebanyak 10% dibandingkan dengan pendahulunya dan peningkatan sebanyak 20% dibandingkan dengan kipas plastik biasa.
Peranti ini juga dilengkapkan dengan paip haba vektor dan gris haba cecair legoam yang mengekalkan haba yang rendar ketika sesi permainan yang tegang atau dalam beban kerja yang tinggi.
Untuk meningkatkan lagi pengalaman permainan, Predator Helios 18 AI dilengkapin dengan swis mekanikal MagKey 4.0 untuk kekunci penting WASD dan anak panah untuk ketepatan isyarat pencetusan yang ditingkatkan sesuai dengan kebolehan para gamer.
Killer DoubleShotPro dan Wi-Fi 7 membolehkan permainan yang tangkas dan strim yang lancar. Ia juga dilengkapkan dengan palam peralihan data berkecepatan tinggi Thunderbolt 5 terkini.
Predator Helios Neo 16S AI

Komputer riba Predator Helios Neo 16S AI (PHN16S-71) serba baharu membawa prestasi yang tinggi dalam reka bentuk yang nipis, mencapai keseimbangan antara prestasi, ketepatan, dan gaya.
Berukuran hanya 12mm di titik ternipisnya, ia direka khusus untuk keserba-bolehan dalam menyokong permainan dan aplikasi kreatif yang mencabar di tahap harga yang lebih tercapai.

Cip pemproses Intel Core Ultra 9 275HZ dengan NPU tergabung dan GPU komputer riba NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti menguasakan Predator Helios 16S AI, menyediakan prestasi dan tindak balas yang luar biasa untuk permainan dan penciptaan kandungan yang mencabar.
Dilengkapkan dengan RAM DDR5 32GB dan PCIe Gen 4 NVMe SSD1TB, Predator Helios Neo 16S AI juga senang dikemas kini berkat slot tambahan PCIe Gen4 dan memori.
Ia dilengkapkan dengan paparan IPS OLED WQXGA 16 inci dengan gamut warna DCI-P3 100% yang menyediakan visual yang jelas dan pergerakan yang lancar berkat kadar segar semula secepat 240Hz.
Untuk mengekalkan prestasi yang unggul, komputer riba dilengkapkan dengan teknologi penyejukkan AeroBlade Generasi ke-5 dari Acer dan gris haba cecair logam di atas CPU untuk peralihan haba yang cekap ketika peranti in bekerja keras.
Acer Aspire 7

Dihasilkan untuk para pengguna yang menginginkan komputer riba yang boleh diandalkank untuk permainan yang ringan dan produktiviti seharian, Acer Aspire 7 dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core 15-12450H, digabung dengan Gpu NVIDIA GeForce RTX™ 3050 dengan GDDR6 6GB untuk prestasi yang lancar.
Ia dilengkapkan dengan RAM DDR4 16GB dan NVMe SSD PCIe Gen4 512GB, dengan slot tambahan tersedia untuk mengemaskinikan memori sehingga 64GB dan pengembanganan simpanan.

Aspire 7 juga datang dengan paparan IPS Full HD 15.6 inci untuk menyediakan visual yang lancar ketika bekerja dan juga bermain. Ia juga datang dengan jaminan selama 2 tahun, termasuk Jaminan Pelancong Internasional tahun pertaman, menawarkan para pengguna sokongan yang boleh dipercayai.
Kad Grafik Acer Nitro Intel Arc B580 OC 12 GB

Dihasilkan untuk para gamer dan golongan pembina PC yang menginginkan penyelesaian grafik berprestasi tinggi lagi mampu milik, Acer Nitro Intel Arc B580 OC 12 Gb (AN-B580-OCA) dilengkapkan senibina Xe2 dengan sehingga 20 teras dan menyediakan peningkatan prestasi sehingga 50% setiap teras untuk kegunaan permainan.
Ia datang dengan kecepatan jam GPU sehingga 2,740 MHz dan menyokong permainan lancar di resolusi 1440p sehingga 8K.

Sesuai untuk tindak balas dan realism yang unggul tanpa bajet yang ketat, kad grafik ini menyokong teknologi yang dipacu AI seperti Intel Ce Super Sampling (XeSS) untuk ketepatan visual yang lebih jelas, permainan dengan kelewatan yang rendah dengan Intel Xe Low Latency (XeLL), dan Intel Xe Frame Generation (XeFG) untuk prestasi yang lancar.
Dengan sokongan untuk pelbagai media termasuk kodek AV1 dan enjin AI khusus (XMX), kad grafik ini juga adalah rakan yang berkuasa kepada golongan pencipta yang bekerja dengan media beresolusi tinggi.
Untuk menyediakan prestasi yang berjangka panjang dan boleh diandalkan, Nitro Intel Arc B580 dilengkapkan dengan reka bentuk pengawalan haba yang teguh termasuk dua kipas Frostblade, paip haba tembaga tanpa oksigen, plat belakang aluminium, dan jalur tanpa bengkok besi untuk mengekalkan kekuatan struktur walau dengan beban yang berat.
Kad grafik ini menyokong sehingga empat paparan dalam masa yang sama dengan 1x HDMI 2.1 dan 3x palam DisplayPort 2.1, dan boleh memacu resolusi 8K, menawarkan kelenturan yang unggul untuk tetapan gaming atau produktiviti pelabgai paparan.
Tersedia dengan segera di eKedai Acer, kedai rasmi Acer dalam Shopee dan Lazada, kad grafik Acer Intel Arc B580 OC 12 GB dijual dengan harga RM1,599.
Pengawal Gaming Bimbit Acer Nitro

Pengawal gaming bimbit Nitro direka untuk dilipat dan kemudah alihan untuk meningkatkan pengalaman gaming bimbit.
Dihasilkan untuk para gamer yang menginginkan pengawalan seakan permainan konsol dalam reka bentuk yang padat dan mudah alih, pengawal permainan bimbit Nitro sesuai dengan peranti Android 9.0 dan keatas, dan juga siri iPhone 15 ke atas, menyokong peranti sebesar 8.3 inci.
Pengawal permainan ini datang dengan pilihan pengecas tanpa wayar dan dua wayar untuk kelenturan yang lancar untuk pelbagai peranti dan permainan.

Dibina untuk permainan berjangka panjang, pengawal permainan ini menyokong cas pantas 18W untuk para pengguna mengecas peranti mereka ketika bermain tanpa gangguan.
Direka untuk kejituan dan kawalan, ia dilengkapkan dengan 15 butang berprestasi tinggi termasuk butang pencetus L2/R2 analog untuk kemasukan yang lancar dalam permainan perlumbaan dan aksi, dan kadar tindak balas tanpa kelewatan untuk permainan yang kompetitif.
Dengan cengkaman boleh laras dan tapak getah yang termasuk, para gamer boleh menikmati genggaman selesa lagi selamat walaupun dengan peranti yang dipasang dengan sarung pelindung. Butang khusus penangkap layar Ntiro memastikan para pemain tidak terlepas saat-saat adegan yang penting.
Pengawal permainan bimbit Acer Nitro dijual dengan harga RM439 dan tersedia dengan segera dari penjual ramsi Acer di seluruh negara, eKedai Acer, kedai rasmi Acer dalam Shopee dan Lazada. Para pelanggan yang membeli pengawal permainan bimbit Nitro sebelum 15 May 2025 layak membeli peranti ini dengan harga rasmi RM349.
Predator Orion 7000

Dihasilkan untuk para gamer dan penggemar yang menginginkan prestasi unggul, teknologi yang canggih, dan perangkat yang premium, Predator Orion 7000 adalah mesin berprestasi tinggi yang menarik bagi para gamer yang kompetitif.
Dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra 9 285K dan NVIDIA GeForce RTX 5080 dengan teknologi NVIDIA DLSS 4, Predator Orion 7000 menyediakan prestasi generasi seterusnya dan kebolehan AI yang changgih untuk para gamer dan pencipta.
Dijuru tera untuk para gamer yang gagah, komputer desktop yang segak sedia ini datang dengan sistem penyejukkan yang unggul untuk mengalihkan haba dari GPU.

Ia juga dilengkapkan dengan Predator CyclineX 360 berpaten untuk meningkatkan aliran udara untuk pengurangan haba, dan menciptakan suasana yang sesuai dengan lampu ARGB boleh laras dinamiknya.
Komputer desktop ini menyokong pelbagai sambungan yang canggih melalui Wi-Fi 7 untuk menyediakan pengalaman gaming yang lancar dan strim tanpa gangguan, mengekalkan tumpuan para pengguna kepada aksi yang mendebarkan tanpa gangguan atau kelewatan. Pelbagai palam I/O termasuk USB jenis A, USB jenic C Thunderbolt 4 di depan dan belakang rangka memastikan sokongan untuk pelbagai kelengkapan.
Dilengkapkan dengan RAM 64GB dan simpanan SSD 2TB, Predator Orion 7000 mempunyai slot tambahan untuk kemas kini di masa depan. Komputer desktop ini tersedia dengan segera di eKedai Acer dan kedai rasmi Acer dalam Shopee dan Lazada, dengan harga rasmi RM15,999.
Paparan Gaming OLED Predator X32 X3

Paparan gaming OLED Predator X32 X3 direka untuk menyediakan kejelasan visual yang cemerlang dan pengalaman permainan yang lancar untuk para gamer yang kompetitif dan pencipta.
Panel OLED Ultra HD (3840 x 2160) 31.5 inci-nya menyediakan visual yang amat tajam dan cerah dan berkemampuan kadar segar semula 240Hz di resolusi 4K, dan bertindak balas tangaks dengan 480Hz di resolusi Full HD melalui Dynamic Frequency & Resolution (DFR) untuk pengalaman yang unggul, sesuai untuk tajuk permainan yang berkecepatan tinggi.
Kadar masa tindak balas pixel serendah 0.01ms membolehkan perailhan imej yang amat cepat, membantu para pemain bereaksi lebih cepat dalam permainan.
Untuk menyediakan pengalaman yang lebih lancar dan mengasyikkan, Predator X32 X3 menyokong kedua-dua teknologi berkebolehan AMD FreeSync™ Premium Pro dan NVIDIA G-SYNC untuk mengurangkan koyakan skrin dan kegagapan ketika bermain. Ia juga dilengkapkan dengan gamut warna DCI-P3 99%, menyediakan warna-warni yang terang, seakan hidup yang membawa hidup lingkungan dalam permainan dan kandungan kreatif beresolusi tinggi. Piawaian VESA DisplayHDR™ True Black 400 dengan ketepatan Delta E<1, para pengguna boleh menikmati kontras yang menawan, butiran yang terperinci dalam adegan yang gelap, dan prestasi warna bertahap profesional ketika bermain, menonton filem, atau menyunting visual.
Untuk menyediakan keserba bolehan, Predator X32 X3 mempunyai dua palam HDMI 2.1 yang boleh digunakan untuk konsol permainan, DisplayPort 1.4 untuk PC berprestasi tinggi, dan palam USB-C dengan persediaan kuasa 90W, membolehkan para pengguna untuk menyambung dan mengecas komputer riba dengan satu wayar.
Ia juga boleh digunakan sebagai hab USB 3.2 untuk kemudahan tambahan dan dilengkapkan dengan pembesar suara stereo 5W terbina dalam, menyingkirkan keperluan untuk peranti audio luaran dan mengekalkan tetapan meja yang bersih lagi ringkas.
Untuk keselesaan untuk kegunaan jangka panjang, paparan in dilengkapkan dengan penyangga ergonomik dengan penyelarasan senget, pusing, dan tinggi untuk kesesuaian sudut pandangan para pengguna.
Ia juga berpiawaian Eyesafe® 2.0 untuk mengurangkan beban terhadap mata dalam penggunaan jangka panjang dengan menapis lampu biru yang menjejaskan tanpa pengurangan dalam kualiti warna. Disokong only polisi Zero Bright Dot Acer dan jaminan perkakasan dan perbaikan selama 3 tahun, Predator X32 X3 di jual dengan harga rasmi RM4,999 dan akan tersedia dengan segera dari eKedai Acer dan kedai rasmi Acer dalam Shopee dan Lazada.
Promosi pelancaran juga dijalankan sehingga 15 Mei 2025 dimana para pelanggan yang membeli Predator Orion 7000 akan menerima kerusi gaming Predator yang bernilai RM1,200 dan akan layak untuk menebus kredit eWallet Touch ‘n Go sebanyak RM150 melalui www.a-redemption.com/greatestrewards2025. Sepanjang tempoh promosi ini, harga Predator X32 X3 akan dipotong sebanyak RM500 dan akan tersedia dengan fon kepala Predator Galea 315 bernilai RM199.