Saingan Asian Champions League (ACL) Elite 2024/25 sudah melalui tiga perlawanan yang nyata persaingan cukup menarik untuk disaksikan.
Dengan 24 pasukan yang bersaing dimana 12 daripadanya dipecahkan kepada dua kumpulan (Zon Timur dan Barat), terdapat tiga pasukan mencatatkan rekod kemenangan bersih.
Baca Juga:
- ACL Elite 2024/25: Ulsan HD Kecewa Lagi, Tewas Di Tangan Vissel Kobe
- ACL Elite 2024/25: JDT Alami Kekalahan Sulung, Tunduk 1-3 Kepada Gwangju FC
- ACL Elite 2024/25: JDT Cemerlang Baham Shanghai Shenhua
Gwangju FC yang berada dalam kumpulan A (Zon Timur) bersama-sama dua gergasi Zon Barat iaitu Al-Hilal dan Al-Ahli Saudi.
Gwangju cemerlang menundukkan Yokohama F. Marinos 7-3, Kawasaki Frontale 1-0 dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 3-1.
Manakala Al-Hilal pula mengenepikan cabaran Al Rayyan (3-1), Al-Shorta (5-0) dan Al Ain (5-4) manakala Al-Ahli Saudi cemerlang mengatasi Persepolis (1-0), Al Wasl (2-0) dan Al Rayyan (2-1).
Wakil Malaysia, JDT yang tewas buat pertama kali tempoh hari turun ke tangga kelima dengan empat mata diraih selepas tiga pasukan iaitu Vissel Kobe, Buriram United dan Shanhai Shenhua meraih kemenangan.
Berikut merupakan kedudukan terkini saingan ACL Elite 2024/25 bagi kedua-dua zon selepas mengharungi tiga perlawanan:
Kumpulan A – Zon Timur
1) Gwangju FC – 9 mata
2) Vissel Kobe – 7 mata
3) Buriram United – 7 mata
4) Shanghai Shenhua – 6 mata
5) JDT – 4 mata
6) Shandong Taishan – 4 mata
7) Yokohama F. Marinos – 4 mata
8) Shanghai Port – 4 mata
9) Pohang Steelers – 3 mata
10) Kawasaki Frontale – 3 mata
11) Central Coast Mariners – 0 mata
12) Ulsan HD – 0 mata
Kumpulan B – Zon Barat
1) Al-Hilal – 9 mata
2) Al-Ahli Saudi – 9 mata
3) Al Sadd – 7 mata
4) AL-Nassr – 7 mata
5) Al Wasl – 6 mata
6) Esteghlal F.C – 3 mata
7) Al-Gharafa – 3 mata
8) Pakhtakor – 2 mata
9) Al-Shorta – 2 mata
10) Persepolis – 1 mata
11) Al Ain – 1 mata
12) Al Rayyan – 0 mata
Lapan pasukan tangga teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan 16. Pada pusingan tersebut, mereka akan bertemu dengan lawan dari zon sama secara timbal balik.
Di suku akhir baharulah pasukan yang layak akan berdepan dengan lawan merentas zon (timur bertemu barat).