Kempen AFC Champions League (ACL) Elite 2024/25 semakin menghampiri ke penghujungnya apabila saingan sudah memasuki peringkat separuh akhir.
Ternyata pasukan dari Asia Tengah (Zon Barat) atau lebih tepat lagi kelab-kelab gergasi Arab Saudi jelas sukar digugat dimana tiga daripada empat slot separuh akhir menjadi milik mereka.
Baca Juga:
- Keputusan Penuh Undian Suku Akhir ACL Elite 2024/25
- ACL Elite 2024/25: Senarai Lengkap Pasukan Yang Mara Ke Suku Akhir
- ACL Elite 2024/25: Gol Tunggal Suphanat Buat JDT Hampa, Hantar Buriram United Ke Suku Akhir
Al Hilal beraksi dengan cukup cemerlang untuk membelasah Gwangju 7-0, Al Nassr pula menundukkan Yokohama F Marinos 4-1 manakala Al Ahli Saudi mengenepikan cabaran wakil tunggal Asia Tenggara, Buriram United 3-0.

Biarpun kehadiran pasukan dari Asia Tengah lebih dominan, kehebatan dan keteguhan mental Kawasaki Frontale tidak wajar dipandang enteng.
Hal ini kerana Kawasaki Frontale menyelamatkan maruah pasukan Zon Timur setelah berjaya menundukkan wakil Qatar, Al-Sadd 3-2 pada aksi yang berlanjutan hingga ke masa tambahan.

Senarai Pasukan Ke Separuh Akhir ACL Elite 2024/25
1) Al Hilal
2) Al Nassr
3) Al Ahli Saudi
4) Kawasaki Frontale
Jadual Perlawanan Separuh Akhir ACL Elite 2024/25
1) Al Hilal lawan Al Ahli Saudi
30 April 2025 (Rabu) – 12.30 pagi – Kings Abdullah Sports City, Jeddah
2) Al Nassr lawan Kawasaki Frontale
1 Mei 2025 (Khamis) – 12.30 pagi – Kings Abdullah Sports City, Jeddah