Ada janji yang lebih manis daripada manifesto, itulah kata kata daripada Datuk Seri Dr Zulkifli kepada YB Syed Saddiq dalam hantaran terbarunya di Facebook.

Bekas Menteri Agama Islam, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menarik perhatian netizen dengan satu hantaran tentang YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dr. Zulkifli gembira dapat bertemu dengan Syed Saddiq ketika menghadiri satu majlis perkahwinan kenalan mereka.

Dalam hantarannya, Dr Zul sempat memberikan kata kata nasihat yang dianggap penuh dengan berlapik oleh netizen.

Menurut Dr. Zul, sebagai seorang YB, ada janji yang lebih manis daripada manifesto untuk dimeterai.

Janji itu yang akan menjadikan kehidupan sebagai ahli parlimen akan lebih bersemangat.

Dr Zulkifli memuji Syed Saddiq sebagai anak muda yang baik dan beradab. Serta ada potensi yang sangat besar dalam politik.

Perkara itu turut disokong oleh bekas pensyarah yang pernah mengajar Syed Saddiq di Universiti sebelum ini.

Beliau berkata: “Saya pernah mengajar YB semasa di universiti. Betul seperti dikata oleh Dato’ sangat beradab orangnya. Semoga Allah memandu beliau utk jadi pemimpin yang baik.”

Ada janji yang lebih manis daripada manifesto

Dr Zulkifli seterusnya berharap Syed Saddiq selepas ini dapat hidup berdua atau berpasangan untuk menjadikan dia lebih semangat dalam berkhidmat untuk rakyat.

Dr Zul menulis: “Tempohari bertemu YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di majlis perkahwinan kenalan kami. Banyak perkara sempat dibualkan.

“Anak muda yang baik dan beradab. Semoga dipermudahkan urusan beliau dalam menjaga kebajikan rakyat Muar. Pada saya, beliau ada potensi yang pergi lebih jauh dalam politik.

“Sibuk-sibuk berpolitik, jangan lupa ada janji yang lebih manis daripada manifesto. Bila dah berdua, baru bersemangat sikit dalam Parlimen!”

syed saddiq

Ramai yang berteka teki tentang janji dimaksudkan oleh Dr Zul. Ada yang menduga bahawa ianya merujuk kepada hubungan akrab Syed Saddiq dengan selebriti wanita sejak akhir akhir ini.

Dan rata rata setuju bahawa ada janji yang lebih manis daripada manifesto untuk ditunaikan Syed Saddiq jika dia sudah berkenan dengan wanita tersebut.

Mereka juga menganggap Dr Zul memberikan teguran halus kepada Syed Saddiq agar tidak terlalu mesra dengan wanita di hadapan khalayak.

“Teguran yang sangat lembut, seperti teguran seorang ayah,” kata seorang netizen ketika Dr Zul menyentuh tentang ada janji yang lebih manis daripada manifesto.

syed saddiq

Yang lain pula berkata: “Nasihat yang tertib dari Datuk Zulkifli. Moga disatukan segera jodoh YB Syed Saddiq dan pasangan sejolinya. Amin.”