Mendaki bukit mahupun gunung memerlukan kelengkapan yang sesuai bagi memastikan perjalanan ke puncak tidak terhalang disebabkan perkara-perkara yang remeh.
Penyediaan ini termasuklah dengan cara berpakaian, kasut yang betul serta segala kelengkapan bagi memastikan misi menawan puncak tidak terganggu dengan apa-apa masalah.
Baca Juga:
- Mahu Halang ‘Prankster’ Buat Masalah, Restoran Sushi Di Jepun Sedia Guna Kamera Dengan Teknologi AI
- Anak-Beranak Conteng Kereta McLaren Hingga Nampak Seperti ‘Lukisan Manga Jepun’
Bagaimanapun, seorang pendaki dari Jepun mula popular di media sosial selepas beliau bertindak mendaki Gunung Kinabalu dengan menggunakan suit.
Ini selepas satu video beliau telah dimuat naik oleh pengguna Twitter dengan nama Lancelot, “Sekiranya anda terlepas, [ada] lelaki Jepun mendaki Gunung Kinabalu sambil mengenakan tiga helai suit,” tulisnya di bahagian kapsyen.
Di dalam video tersebut, lelaki Jepun itu menerangkan tujuannya memakai suit ketika mendaki Gunung Kinabalu. Dia bergurau sambil berkata bahawa beliau mempunyai mesyuarat di atas puncak gunung.
In case you missed it this Japanese guy climbed Mount Kinabalu in a three-piece suit.
In this video he explains why he did it. pic.twitter.com/DIgGijuhBF
— Lancelot 🌺 (@lancelot_se) March 23, 2023
Pada ciapan yang lain, kelihatan lelaki ini sedang beratur untuk sampai ke puncak. Dia difahamkan berjaya sampai puncak bersama dengan rombongan pendaki yang lain.
Video terbabit mendapat reaksi pelbagai daripada netizen. Kebanyakan mereka kagum dengan keupayaan lelaki Jepun ini mendaki Gunung Kinabalu dengan mengguna suit dan kasut kulit.
Sapa set meeting meeting atas sana 😂
— jat  (@aizzatnrdn) March 23, 2023
Siap kasut kulit.
So sebenarnya hiking attire is a scam?
— Sheikh Khurth Al-Qhortobain OBE (@yuszuri) March 23, 2023
inspiration. im gonna change to cinderella dress on top of there.
— nomnomnom (@heiapeni) March 23, 2023
Bagaimanapun, melalui pemerhatian The Vocket, lelaki Jepun ini sebenarnya adalah seorang pencipta kandungan.
Beliau mempunyai YouTube dengan nama @ordersuitSADA dan melalui kandungan video tersebut kebanyakan aktiviti yang dilakukan olehnya adalah dengan menggunakan suit.