Salah satu cara menjadikan pembelajaran lebih menarik dan senang dihadam buat pelajar adalah dengan melakukan aktiviti yang interaktif menerusinya.

Namun, tidak ramai guru yang rajin berbuat sedemikian kerana perlu mengerah idea dan mengambil masa yang lama serta mengeluarkan wang sendiri untuk membeli bahan-bahan tertentu.

Baca Juga:

Baru-baru ini, seorang guru menerusi akaun TikTok @Jeebung memperlihatkan bagaimana hasil titik peluhnya melakukan aktiviti pembelajaran secara interaktif telah membuahkan hasil yang lumayan.

Di dalam video berjudul “POV: Buang masa je buat aktiviti dalam kelas tu penat dan pelajar tidak faham juga tu”, dia berjaya membuktikan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Menerusinya, para pelajar dilihat gembira dan bersenorok menyertai aktiviti seperti permainan interaktif yang dilakukan oleh guru terbabit.

Dari video itu, pelbagai permainan menarik yang dibawakan dalam memberi pemahaman dengan cara yang lebih santai kepada para pelajar.

Boleh dikatakan majoriti muridnya berjaya meraih skor markah ujian yang bagus yang mana paling minimum sekitar 78% sehingga 88%.

Di dalam kapsyennya, dia membidas dakwaan usaha  yang dilakukan adalah sia-sia di kemudian hari oleh segelintir individu. Dia menekankan bahawa tugas guru adalah untuk memastikan mata pelajaran yang diajar boleh mudah difahami oleh para murid.

“Tugas guru adalah untuk memastikan pengajaran berjalan dengan baik, seronok dan sampaikan isi dalam bentuk termudah”, tulisnya.

Bagaimanapun, dia tidak menafikan dengan usaha pembelajaran secara interaktif ini pun tidak akan menjadikan mereka boleh menjawab soalan dengan baik jika di sisi pelajar tidak berusaha dan bertawakal.

@jeebung_

Siapa cakap buat aktiviti dalam kelas tu buang masa?Siapa cakap Geo tu susah? Tugas guru adalah untuk memastikan pengajaran berjalan dengan baik, seronok dan sampaikan isi dalam bentuk termudah manakala tugas pelajar menggunakan kelebihan yang guru berikan + belajar sendiri + doa maka hasilnya akan baik. Kalau guru saja usaha, pelajar tidak maka tiada la maknanya Semuanya bergantung dengan kita (guru) dan pelajar untuk meletakkan itu dimana. Alhamdulilah selesai tanda satu kelas dan result untuk kelas ni dalam range yang baik. Tahniah. Kami baru habis exam, itu la tu baru tanda satu kelas. Semoga kelas2 seterusnya juga menyusul bagus. #jeebung #cikgutiktok #taskmeet #upsi #smkbugaya1❤️‍ #smkbugaya #uasa

♬ nhạc nền – 陈晓美 – 陈晓美

Perkongsian video tersebut langsung meraih pujian dari netizen kerana dengan usaha guru itu yang komited melakukan pelbagai aktiviti dalam menjadikan pembelajaran yang lebih seronok buat para pelajarnya.

Ramai berharap agar lebih ramai guru mencontohi tindakan tersebut walaupun pada dasarnya agar sukar kerana kekekangan masa dek kerana tugasan tambahan lain dan mungkin juga ada yang tidak mahir menggunakan teknologi interaktif.

'Ada Yang Cakap Buang Masa' - Guru Tayang Markah Pelajar ‘Perform’ Sebab Kerap Buat Aktiviti Dalam Kelas Raih Pujian
Sumber Gambar: TikTok
'Ada Yang Cakap Buang Masa' - Guru Tayang Markah Pelajar ‘Perform’ Sebab Kerap Buat Aktiviti Dalam Kelas Raih Pujian
Sumber Gambar: TIkTok

Ada juga berpendapat selalunya guru praktikal sahaja yang rajin berbuat sedemikian berbanding guru senior yang lebih selesa dengan pembelajaran secara konvensional yang mana sudah tidak relevan lagi.