Nampaknya adidas Sports Performance KLCC antara butik adidas seluruh dunia yang menerima kasut edisi terhad daripada adidas ini.

Model Alphaedge ini menggunakan kain Primeknit yang diperbuat daripada teknologi FORGEFIBER yang akan memberikan fit yang lebih baik kepada pemakai. Yang menjadikan kasut ini unik adalah bahagian tapaknya yang diperbuat dengan teknologi 4D, di mana tapak ini mampu memberi respon yang lebih baik untuk kaki anda.

https://www.youtube.com/watch?v=slbsGQdm4rg

Alphaedge 4D akan dijual pada 17 November 2018 (Sabtu) pada harga RM1,400 hanya di adidas Sports Performance KLCC dan juga laman adidas Malaysia. Kasut ini sangat terhad di seluruh dunia dan jika anda mahu pakai kasut dengan teknologi yang terbaru daripada adidas, inilah masanya.

Alphaedge 3

Alphaedge 1

Alphaedge 2