Siapa sahaja tidak mengenali model jelitawan, Bella Hadid yang mana cukup lantang menyuarakan sokongannya terhadap Palestin walaupun bekerjasama dengan pelbagai jenama terkemuka di dunia.
Memetik Harian Metro, kini nama model berkenaan sekali lagi menjadi sebutan media antarabangsa selepas Adidas menggugurkan model pro-Palestin, Bella Hadid, daripada kempen pengiklanan untuk kasut retro Olimpik Munich 1972, yang dibayangi oleh pembunuhan beramai-ramai atlet Israel.

Syarikat gergasi pakaian sukan berpangkalan di Jerman itu, baru-baru ini, melancarkan semula SL72, yang pertama kali dipamerkan oleh atlet pada Olimpik Munich 1972, sebagai sebahagian daripada siri menghidupkan semula siri kasut klasik lama.
Menyingkap semula sejarah tersebur, difahamkan sekitar sebelas atlet Israel dan seorang pegawai polis Jerman terbunuh pada Olimpik Munich 1972 selepas lelaki bersenjata dari kumpulan Black September Palestin menceroboh perkampungan Olimpik dan menjadikan mereka tebusan.
Hadid, yang mempunyai darah campuran Palestin ini lantang menyuarakan sokongannya terhadap hak Palestin sejak serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober mencetuskan perang di Gaza.
Susulan itu, Adidas memaklumkan, mereka akan menyemak semula kempen itu berkuat kuasa serta-merta.
“Kami sedar bahawa hubungan dibuat dengan peristiwa bersejarah yang tragis walaupun ini sama sekali tidak disengajakan dan kami memohon maaf atas sebarang kekecewaan atau kesulitan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP pada Jumaat.
Jurucakap wanita mengesahkan bahawa Hadid digugurkan daripada kempen itu, yang menyatakan bahawa kasut itu mula diperkenalkan pada 1972 tetapi tidak pernah menyebut serangan pengganas ke atas atlet Israel.
.@Adidas recently launched a new campaign for their shoes to highlight the 1972 Munich Olympics.
Eleven Israelis were murdered by Palestinian terrorists during the Munich Olympics.
Guess who the face of their campaign is? Bella Hadid, a half-Palestinian model who has a history… pic.twitter.com/IgdGq2OLmd
— Israel ישראל (@Israel) July 18, 2024
Gambar model AS yang memakai kasut retro Adidas menimbulkan bantahan dalam kalangan kumpulan pro-Israel.
“Teka siapa wajah kempen itu? Bella Hadid, seorang model berdarah kacukan Palestin yang menyebarkan anti-Semitisme pada masa lalu dan menghasut keganasan terhadap Israel dan Yahudi,” ciap kedutaan Israel di Jerman di X pada Khamis lalu.
Turut beberapa figura besar dari negara haram itu turut meluahkan rasa ketidak puasan hati dengan penyertaan model Pro-Palestin dalam kempen kasut yang berkait sejarah hitam bagi rakyat negara itu.
Sementara netizen pula menyatakan sokongan kepada Hadid, mengecam Adidas kerana menggugurkan Hadid daripada kempen itu, dan menyeru supaya syarikat itu diboikot.