Juara liga Itali lapan kali berturut-turut, Juventus nampaknya telah mula memaparkan jersi yang bakal dipakai mereka sempena musim 2019/20 yang bakal bermula Ogos ini.

Dari segi rekaan yang diperkenalkan oleh adidas, jersi ini dilihat jauh bezanya berbanding jersi Juventus musim-musim sebelum ini dengan menampilkan rekaan yang tampak lebih moden dengan tiga warna utama iaitu hitam, putih dan merah jambu.

Apa yang menarik perhatian ramai sudah pastinya rekaannya yang dilihat sangat santai dan sesuai untuk digayakan secara kasual. Jersi ini turut ditampilkan dengan teknologi CLIMALITE bagi menyerap peluh dengan lebih baik. Buat anda yang meminati Juventus atau ingin menggayakan jersi terbaru ini anda boleh mendapatkannya di butik adidas bermula 12 Mei ini.

https___hypebeast.com_image_2019_05_adidas-juventus-2019-20-home-kit-jersey-2

https___hypebeast.com_image_2019_05_adidas-juventus-2019-20-home-kit-jersey-3

Baca lagi: Juventus Ikat Kontrak Bersama adidas Sehingga 2027 Dengan Nilai RM1.95 Bilion