adidas baru-baru telah mengumunkan  lokasi penjualan model kasut terbaru dan hype daripada mereka iaitu YEEZY 500 dengan warna ‘Utillity Black’.

Kasut ini akan mula dijual pada 7 Julai 2018 dengan harga sekitar $950 sepasang. Jika anda ingin membelinya anda perlu membuat tempahan di laman web atau store adidas pada sebelum tarikh pelancaraan kasut.

Pada rakyat Malaysia, anda boleh beratur dan beli kasut ini adidas Originals Suria KLCC Lot No. 313B & 315 , Level 3, Kuala Lumpur hari sabtu ini. Kami nasihatkan untuk anda hadir dengan lebih awal kerana model ini merupakan model yang hangat daripada adidas.