Semalam viral video seorang lelaki bertindak menumbuk pemandu Axia yang merupakan seorang wanita kerana melanggar anaknya ketika anaknya itu sedang melintas jalan.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku di Bazaar Aidilfitri Dataran Senawang. Kejadian itu benar benar mengejutkan ramai.
Lelaki tersebut dilihat dua kali menghayunkan tumbukan ke atas pemandu wanita yang berada di dalam kereta Axia miliknya.
Adik pemandu Axia tampil cerita kisah sebenar
Adik mangsa tampil menceritakan kisah sebenar kejadian yang menimpa kakaknya itu.
Kejadian itu berpunca daripada berlaku pelanggaran melibatkan kereta dipandu kakaknya yang terlanggar kanak kanak.
Kemalangan itu berlaku selepas penglihatan kakaknya terhalang oleh kereta MPV di hadapannya.
Dipetik dari sumber Astro Awani, adik pemandu Axia itu berkata: “Kakak saya baru keluar simpang bazar dan dia bawa perlahan saja dalam 20 ke 30 km/j dan ada kereta Perodua Aruz di depannya, saiznya besar telah halang pemanduan.
Lelaki Tumbuk Pemandu Axia Wanita Selepas Anak Dilanggar di Bazar Aidilfitri
Senawang, 30 Mac – Seorang lelaki bertindak agresif dengan menumbuk muka seorang wanita yang memandu Perodua Axia selepas anaknya dilanggar oleh kenderaan itu ketika melintas jalan di Bazar Aidilfitri… pic.twitter.com/r9kosF2aY8
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 30, 2025
“Keluarga itu sedang melintas tapi lelaki itu di belakang manakala anak-anak dan isteri di depan. Langgar pun perlahan saja sebab kereta tak pandu laju.”
Akibat pelanggaran itu, lelaki itu bertindak ganas menumbuk pemandu Axia tersebut ketika kakaknya membuka pintu.
Lelaki tersebut turut merosakkan pintu dan kunci kereta sebelum dia menumbuk wanita tersebut.
“Kakak saya terus minta maaf tapi mungkin dia tak boleh terima jadi dia tumbuk kali kedua,” sambung adik mangsa lagi.
Mereka sudah membuat laporan polis dengan mendakwa pemandu Axia itu telah ditumbuk di bahagian muka dan turut diterajang di bahagian perutnya.
Netizen berbelah bagi pendapat tentang tindakan lelaki tersebut. Ada yang merasakan lelaki tersebut cuai dalam menjaga anaknya ketika melintas jalan.
Apapun buat masa ini – ketika artikel ini ditulis – polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.