Aeon Sunway Pyramid akan menghentikan operasinya secara rasmi selepas 16 tahun bertapak di Sunway Pyramid, Subang Jaya.

“Lion ingin mengucapkan terima kasih kepada AEON atas 16 tahun perjalanan yang tidak dapat dilupakan yang telah menyediakan komuniti dengan barangan keperluan semasa jatuh bangun,” kata Sunway Pyramid dalam kenyataan terbaharunya di Facebook.

Aeon Sunway Pyramid telah beroperasi sejak 2007 akan menutup operasinya pada penghujung bulan ini. “Dengan berat hati, Lion ingin mengucapkan selamat tinggal dan mari kita sama-sama menyusuri lorong kenangan dengan melawat Aeon buat kali terakhir sebelum 31 Julai,” katanya.

Menurut laman web rasmi Sunway Pyramid, pusat beli-belah itu akan mengalami satu fasa baharu dan bertujuan untuk membawa suasana yang lebih moden dan segar di setiap sudut ruang pusat beli belah tersebut.