Seorang pelawak bernama Calimar White telah menubuhkan Occupational Cares Diversity Affairs, atau OCDA yang membolehkan pekerja membuat aduan secara langsung tentang kelakuan majikan atau orang atasan mereka.

Pihak OCDA menerusi Ejen Ratliff (alter ego White) akan membantu pekerja ini menyampaikan apa sahaja rungutan, ketidakpuasan hati termasuk makian ke atas bos atau orang atasan mereka.

Segala risiko dan perbalahan akan ditanggung oleh OCDA.

Misalnya, pekerja pastinya tak berani nak memarahi ketua mereka yang suka datang lambat. Jadi Ejen Ratliff membantu menyampaikannya.

“Di sini ada aduan tentang kamu, kamu melayan teruk semua orang, dan suka masuk kerja lambat,” tegasnya yang menjadi penyampai aduan.

@calimar_whit3

OCDA pulled up to CitiTrends‼️ FULL VIDEO ON MY IG #calimarwhite #complaintcalls #fyp #foryou #comedy #funny #vira

♬ original sound – Calimar White

Dan konten tersebut mendapat perhatian di dua platform media sosial iaitu Instagram dan juga TikTok.

Calimar memulakan misi membantu menyampaikan rungutan pekerja ke atas bos atau orang mereka bermula Jun 2023. Di mana dia meminta sesiapa sahaja tampil membuat aduan dengan OCDA akan menjadi orang tengah.

Lebih menarik dia melakukannya secara percuma dan identiti pengadu akan dirahsiakan.

Misalnya, dia membantu pekerja yang kecewa dengan tindakan orang atasannya kerana bersikap seolah olah dia adalah bos syarikat. Di mana wanita tersebut didakwa bersikap biadap dan suka mendesak.

@calimar_whit3

OCDA arrives at Rent-A-Center 📞👌🏾🏃🏾‍♂️ #ocda #calimarwhite #comedyvideo #fyp #foryou #viralvideo #funny

♬ original sound – Calimar White

Kemudian Ejen Ratliff pernah menyerbu pegawai McDonalds’ di sebuah cawangan kecilnya. Di mana pekerja di situ mengadu bahawa pengurus kedai mereka itu sebagai pengotor dan tidak melayan staf di bawah jagaannya dengan sebaiknya.

Calimar berkata: “Pekerja di sini mendakwa mereka tidak dilayan sebaiknya dan kamu suka meninggalkan sampah kamu setiap kali kamu ke belakang sana. Mereka tak suka kamu pengotor dan tak cuci uniform.”

@calimar_whit3

OCDA arrives at McDonald’s 📞👌🏾🏃🏾‍♂️ #ocda #calimarwhite #comedyvideo #funny #fyp #foryou #viral

♬ original sound – Calimar White

Ada juga yang bengang dengan bos mereka yang dianggap berlagak ‘terpaling Kristian’ namun sebenarnya seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak memperjuangkan pekerja di bawah jagaannya.

@calimar_whit3

OCDA arrives at Applebee’s #ocda #calimarwhite #fyp #foryou #comedy #funny #viral

♬ original sound – Calimar White

Ramai yang terhibur dengan konten tersebut dan mengakui ada yang tak cukup tidur kerana melayan konten tersebut.