Setiap kali tiba musim perayaan di Malaysia, acara bermain mercun pasti menjadi satu ‘kewajiban’ buat orang ramai — umpama raya tak lengkap tanpa bunyi dan percikkan mercun.
Baru-baru ini video yang dimuat naik akaun TikTok @firdauseusope telah mencuri perhatian orang ramai apabila penduduk di sebuah rumah flat bersepakat bermain mercun das.
Baca Juga:
- Pelajar Asing Tersentuh Sikap Murni Rakyat Malaysia Bantu Semasa Hari Raya
- ‘Ini Nak Sambut Hari Raya Ke Halloween?’ – Netizen
- Anak Bulan Tak Nampak, Persatuan Muslim Jepun Ikut Pengumuman Hari Raya Malaysia
Menerusi video berdurasi 1 minit 17 saat itu, penghuni setiap rumah di rumah flat itu ‘menghantar’ wakil untuk menembak mercun das ke udara.
@firdauseusope Rayakan sebulan…#rayalainmaciem #raya2024 #thisiskgmelayu #kgmelayu #penang #KongsiBersama #fyppppppppppppppppppppppp #onthisday #fypシ゚ #onthisday #fypシ゚ #viralvideo #kgmelayupenang
Menurut netizen mereka sudah lama tidak melihat suasana Hari Raya meriah seperti itu buat sekian lama.
Lebih-lebih lagi pada masa kini orang ramai banyak menghabiskan masa bermain smartphone masing-masing.
Pada masa sama warganet memuji ukhuwah dan semangat kejiranan yang kuat oleh komuniti setempat itu dalam memeriahkan suasana Hari Raya di tempat tinggal mereka.



Dalam pada itu netizen turut tertanya sama ada kereta-kereta yang diletakkan di bawah tidak mengalami apa-apa kerosakkan ekoran percikkan api yang terbakar di udara.