Aidid Marcello tegur influencer yang tidak menjaga adab ketika meminta maaf. Menurut Aidid Marcello, seseorang yang meminta maaf itu harus ikhlas dan bukannya tersengih sengih.
Aidid Marcello sudah lama berada dalam industri dan dia memberikan nasihat ikhla kepada pempengaruh tersebut. Aidid akui, dia tak merasa dirinya cukup bagus, namun dia cuma terpanggil untuk menegur.
Walaupun dia akui mungkin akan ada pihak yang akan memperlekehkan tegurannya dengan menyatakan bahawa zaman dia sudah berlalu.
Aidid akui terkejut dengan apa yang berlaku di antara pempengaruh muda itu dengan artis wanita veteran, kerana dia tak pernah melihat perkara seperti itu berlaku dahulu dengan sikap saling hormat menghormati.
Dan mereka dahulu tidak sewenang wenang memetik nama orang untuk dijadikan bahan secara terbuka.
Aidid turut menujukan nasihat tersebut keppada generasi muda agar menjaga adab mereka. Selain itu, dia berharap pempengaruh tersebut boleh memberikan pengaruh yang positif kepada masyarakat.
Terutama sekali dalam mempengarugi generasi muda tentang adab.
Hal ini kerana menurutnya, pempengaruh yang memiliki ramai pengikut boleh mempengaruhi ramai orang dalam masa singkat.
“Nak buat konten macamana itu terpulang tapi just JAGA ADAB. Itu jelah komen dari saya sebagai orang tua yang berpangkat bapak dan seterusnya akan ada cucu yang mungkin akan ternampak juga konten konten anda semua.”
Aidid Marcello tegur konten yang menimbulkan persepsi
Selain itu menurut Aidid Marcello tegur konten yang mengaitkan pelakon tersebut dengan barang terlarang akan menimbulkan persepsi negatif di kalangan mereka yang tidak mengenali pelakon tersebut.
Dipetik daripada laman Oh Bulan, bekas pengacara tv itu berkata: “Bila kau tak ada adab buat konten, inilah bahananya.
“Zaman dulu tak ada orang petik-petik nama sesuka hati sebab kita jaga dan kita hormat.”
Pempengaruh tersebut sudah membuat permohonan maaf. Tetapi Aidid Marcello nyata melihat ada kekurangan dalam adab meminta maaf.
Aidid Marcello tegur cara influencer itu dalam menjaga adab ketika meminta maaf.
“Cara dia meminta maaf dengan ketawa, saya rasa dia tak sepatutnya buat begitu. Ambillah secara serius.”
Seterusnya, Aidid Marcello berharap kes di antara artis dan influencer ini akan selesai segera.
“Caranya mudah sahaja, turunkan ego, esok-esok kalau akaun TikTok sudah tiada awak bukan lagi sesiapa. Jaga adab dan pergi jumpa dia untuk minta maaf.”
Aidid berharap influencer tersebut menerima teguran dan tidak melenting.
“Ingat adab itu segalanya,” kata Aidid mengakhiri tegurannya.