Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin menyatakan beliau kekal bersama pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Aidil memenangi anugerah Jurulatih Terbaik bagi musim 2024-2025 ketika majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) baru-baru ini.

Baca Juga:

Ketika ditemui, Aidil menegaskan beliau tidak menyangka akan membawa pulang anugerah Jurulatih Terbaik musim ini.

Aidil Sharin
Aidil Sharin

“Saya tidak sangka. Ini kali keempat saya dicalonkan, dan mungkin nombor empat adalah nombor bertuah saya. Ini semua kerana kerja keras pihak pengurusan dan pasukan. Trofi ini untuk mereka,” katanya.

Aidil Sharin Kekal Bersama Kuching City

“Kami mengharungi musim yang sangat baik, tetapi kami masih boleh meningkatkan lagi sebagai satu pasukan.

“Saya akan kekal bersama Kuching City musim depan. Saya mahu menjadikan kelab ini lebih baik.

Kuching City menjadi pasukan yang mencipta kejutan dalam saingan musim ini selepas mereka menamatkan saingan Liga Super di tangga keempat.

Kelab dari Borneo itu mengatasi beberapa pasukan besar dalam liga seperti Terengganu FC (kelima), Perak (ketujuh) dan Sri Pahang (kelapan).

Aidil Sharin
Aidil Sharin

Ini bukan kali pertama Aidil melakukan kejutan. Bersama Home United beliau membawa kelab itu ke final zon Piala AFC pada 2017 dan naib juara Liga Singapura pada 2018.

Bersama Kedah, dia memenangi Piala FA 2019 dan menjadi jurulatih Singapura pertama yang mengetuai pasukan asing dalam Liga Juara-Juara AFC.