Influencer, Aiman Tak Kesah telah menunjukkan bukti bahawa dia bebas daripada penggunaan dadah. Dia tampil membersihkan namanya secara terbuka.
Sebelum ini Aiman telah dilanda kontroversi dikaitkan dengan barang terlarang tersebut.
Seterusnya, Aiman yang sudah menceraikan Siti Jamumall talak 2 ketika isterinya ketika itu sedang membuat live stream, memuji Siti Jamumall sebagai isteri yang taat dan baik.
Aiman Tak Kesah nafi main barang
Aiman Tak Kesah berkata: “Jadi saya nak tunjuk di sini, ujian langsung tidak dapat mengesan kelima lima dadah yang disaring.
“Saya nak tunjukkan benda ini untuk membersihkan nama saya,” kata Aiman lagi.
Dia kemudian berkata: “Siti Jamumall seorang isteri yang taat dan baik. Keluarga Siti Jamumall yang terbaik pernah saya jumpa.
“Kebahagiaan saya adalah, Siti seorang yang baik, dengar cakap suami. Siti seorang perempuan yang hebat dan berdikari.”
@ohbulanofficial Aiman Tak Kesah menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya terlibat dengan penyalahgunaan da**h #ohbulan #fyp #news #aimantakkesah #nafi #dakwaan #bukti #urinetest
Pasangan influencer terkenal Aiman dan Siti Jamumall mengejutkan ramai pengikut mereka. Ini apabila sang suami telah melafazkan cerai ketika isterinya sedang membuat strim langsung.
Pasangan influencer tersebut selama ini seringkali dipuji sebagai pasangan romantis. Dan konten mereka seringkali menjadi kesukaan netizen.
Aiman sekali lagi melafazkan cerai talak 2 ke atas Siti Jamumall – setelah dia melafazkan talak 1 beberapa minggu sebelumnya dan rujuk kembali. Paling mengejutkan, pasangan tersebut terus bertengkar secara langsung.
Siti Jamumall tidak menamatkan strim langsung itu serta merta. Dan kedengaran kedua dua mereka mempertahankan tindakan masing masing.
Peminat benar benar berharap pasangan tersebut lebih baik dalam mengendalikan isu pergolakan rumah tangga mereka. Memandangkan Siti Jamumall sarat mengandung pada ketika ini.