Airbnb adalah sebuah perniagaan di atas talian yang memerlukan akses internet dan kad kredit untuk beroperasi di lebih 190 buah negara. Dengan menyediakan pelbagai pilihan penginapan dan tawaran harga yang menarik, Airbnb makin berkembang baik. Terbaru Airbnb menerokai negara Cuba yang hampir keseluruhan operasi bisnes dijalankan secara tunai sahaja dan hampir tiada akses mudah untuk berinternet.
Jadi, bagaimana Airbnb melancarkan perkhidmatan mereka di Cuba tanpa masalah? Pelik dan mustahil untuk dilakukan.
1. Kenali bisnes di Cuba
Pemasaran servis ‘bed and breakfast’ (BnB) dilakukan secara mulut-ke-mulut oleh mereka yang pernah mengembara di Cuba. Pihak kerajaan Cuba juga telah menyediakan pelekat untuk BnB ini supaya mudah dikenalpasti pelancong.
2. Cara orang Cuba berbisnes BnB
Orang Cuba menggunakan orang tengah yang mempunyai akses internet untuk berkomunikasi dengan bakal pelanggan BnB mereka.
3. Perubahan undang-undang
Presiden Obama mengarahkan baikpulih perhubungan diplomatik dengan Cuba, termasuklah memansuhkan beberapa larangan berkaitan pelancongan. Bagi melancarkan urusan, pihak Airbnb banyak bertemu dengan pihak berkuasa supaya memastikan semua urusan Airbnb di Cuba mematuhi undang-undang sedia ada.
4. Bekerjasama dengan kafe internet
Airbnb bekerjasama dengan kafe-kafe internet yang telah mempunyai hubungan baik dengan mereka yang menyewakan rumah di kepulauan tersebut. Pengurusan kafe internet turut telah mengenakan caj servis kepada mereka sebelum kedatangan Airbnb. Maka, dengan pengalaman yang ada pihak kafe internet akan menguruskan senarai Airbnb.
5. Orang tengah Airbnb
Urusan deposit akan melalui akaun orang tengah walaupun hos BnB memiliki akaun. Jika tiada akaun, wang deposit akan dihantar ke tangan hos oleh orang tengah yang tidak didedahkan oleh pihak Airbnb. Airbnb memberi tunjuk ajar kepada orang tengah tentang cara-cara menggunakan laman web dan membantu mereka menambah informasi.
6. Airbnb bertemu hos
Kumpulan Airbnb banyak bertemu dengan hos-hos BnB untuk bercakap tentang kesahihan informasi dan ia mestilah terkini.
Pergantungan Airbnb dengan orang tengah dan cara-cara ini adalah bersifat sementara kerana perkembangan akses internet dan kebenaran untuk syarikat seperti MasterCard dan American Express beroperasi di Cuba pasti memberi impak positif kepada Airbnb.
Perkembangan terbaru, Cuba baru sahaja pertama kali mendapat hotspot Wi-Fi percuma dan servis menjawab email melalui telefon oleh Nauta. Sementara itu, Airbnb makin mengukuhkan penguasaan pasaran di Cuba yang sememangnya menjadi tarikan destinasi pelancong.