Aisar Khaled tegur Ammar Nazhan agar membuat konten berkualiti terutama sekali di negara orang seperti Indonesia.

Nama Aisar Khaled melonjak naik di Indonesia. Dan dia antara pempengaruh yang disenangi oleh rakyat Indonesia.

Dia digelar sebagai ‘Sultan Malaysia’, merujuk kepada kekayaannya.  Aisar juga dipuji kerana dianggap sangat pemurah.

Aisar kesal dengan apa yang berlaku melibatkan Ammar Nazhan. Ini apabila influencer itu telah menjadi dalang kepada konten yang melanggar undang undang negara Indonesia.

Ammar nazhan

Semalam, polis Indonesia mengesahkan bahawa Ammar Nazhan dan rakan rakan telah membuat konten dengan berlakon kononnya Eyka hilang dalam hutan di Bandung selama 3 hari.

Ammar Nazhan malah membuat laporan polis di sana tentang perkara itu.

Ammar Nazhan dan rakan rakannya kemudian mendakwa mereka akhirnya menjumpai Eyka yang dalam keadaan lemah selepas 3 hari tersesat dalam hutan.

influencer hilang

Berita itu menjadi sensasi dan polis Bandung telah memanggil Ammar Nazhan dan rakannya Arasz untuk memberikan keterangan.

Mereka akhirnya mengakui, cerita Eyka hilang dalam hutan itu cuma satu lakonan dan fake. Ianya dibuat untuk tujuan meraih populariti konten dan pengikut di media sosial.

Ammar Nazhan ‘kencing’

Polis Indonesia menegaskan bahawa apa yang mereka lakukan itu salah di sisi udang undang berkaitan dengan penyebaran berita palsu.

Mereka juga boleh dikenakan pertuduhan kerana membuat laporan polis palsu.

Polis memberikan amaran kepada Ammar Nazhan bahawa perbuatannya yang menimbulkan kegentaran awam di sana adalah satu kesalahan.

Polis Indonesia Bengang Influencer Malaysia Berlakon Hilang Dalam Hutan 3 Hari

Mana tidaknya, ramai orang kampung yang menyertai mereka dalam pencarian Eyka.

Polis Indonesia mengesahkan Ammar Nazhan dan rakan rakannya sudah membuat permohonan maaf terbuka menerusi tulisan tangan dan video. Dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan mereka lagi di masa hadapan.

Aisar Khaled tegur Ammar Nazhan

Aisar Khaled tampil menegur Ammar Nazhan. Dia berkata: “Seorang pencipta konten mahukan perhatian untuk naikkan penonton mereka.

Aisar akui Ammar Nazhan pencipta konten berkualiti namun telah terpesong kerana tiada penasihat yang betul dalam membimbing mereka dalam memmbuat konten.

“Mereka ini bukan tidak bagus, tetapi disebabkan buntu daripada segi idea dan tiada orang mahu bagi nasihat yang baik,” kata Aisar kepada mStar.

Akhir sekali Aisar Khaled tegur Ammar Nazhan untuk perbaiki semula konten mereka. Misalnya Aisar Khaled mendedahkan dia berniat baik, mencipta konten yang boleh membantu rakyat Indonesia.

aisar khaled

“Fikir dahulu dan pastikan apa yang kita buat itu beri nasihat dan pengajaran kepada penonton,” tuntas Aisar Khaled lagi.