Pada malam semalam Musolla Halaman 11 memuat naik salinan laporan polis di Facebook.

Menurut pihak surau, video tular yang memaparkan insiden yang berlaku di situ adalah rakaman lama, iaitu lebih 3 bulan yang lalu.

Baca Juga:

Kedua-dua pihak surau dan Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) telah berbincang dan diselesaikan secara harmoni demi menjaga keharmonian komuniti setempat.

Namun, video itu ditularkan oleh pihak yang tidak diketahui niatnya.

'Wanita Itu Dari JMB' – AJK Musolla Halaman 11 Dedah Abah PU Azhar Penyumbang Dana Operasi Surau
Sumber Gambar: Facebook Musolla Halaman 11

Sehubungan itu wakil AJK telah membuat laporan polis berhubung isu ini bagi melindungi nama baik pihak pengurusan Musolla daripada sebarang tuduhan tidak berasas.

“Kami kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menyebarkan semula video ini dengan niat yang boleh mencetuskan salah faham dan perpecahan dalam komuniti. Ini bukan budaya yang sepatutnya diamalkan.

“Kami menyeru semua pihak untuk tidak lagi menyebarkan video ini atau membuat sebarang tuduhan terhadap individu terlibat.

“Hormatilah proses penyelesaian yang telah berlaku, dan marilah kita bersama-sama menjaga keharmonian serta memakmurkan rumah Allah ini,” kata pihak Musolla Halaman 11.

Operasi Musolla Halaman 11 guna dana hasil sumbangan orang ramai

PU Azhar Kecewa Mak Cik Surau 'Sound', Halau Abah Sedang Iktikaf

Sementara itu, memetik mStar, salah seorang ajak Musolla Halaman 11 yang enggan dikenali menyatakan kesemua kos operasi surau tersebut menggunakan hasil sumbangan orang ramai, termasuklah daripada abah PU Azhar sendiri.

“Dalam video itu ada sebut JMB yang bayar. Tidak benar, sebaliknya surau yang bayar 100 peratus segala bil elektrik dan air.

“Pak cik dalam video itu juga salah seorang penyumbang kepada surau berkenaan,” kata individu tersebut.

Menurutnya lagi, wanita yang membuat rakaman itu merupakan ‘orang kuat’ JMB.

Beliau menyatakan Musolla Halaman 11 terbuka menerima jemaah dari luar untuk datang ke situ.

Namun pihak JMB bersuara tidak bersetuju menerima jemaah luar sejak beberapa bulan.

“Berkenaan dengan video yang tular, kes itu berlaku tiga bulan lalu dan dirakam sendiri oleh orang JMB.

“Dia juga ada menyebut berkaitan kes curi, sebenarnya tidak berlaku kes curi di surau, sebaliknya di blok perumahan.

“Selain itu pak cik dalam video itu juga memang kami kenal kerana sudah menjadi jemaah di surau itu setiap masa,” katanya.

Walaupun tular video insiden itu, abah PU Azhar masih hadir berjemaah di surau itu sehingga hari ini.