Semalam, Star Online melaporkan seorang jurusolek artis didakwa atas 12 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM418,400 pada tahun diantara 2018 hingga 2019. Walau bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Akan tetapi, video yang dimuat naik oleh Star Online itu menjadi perbualan ramai kerana memaparkan aksi seorang jurugambar gigih mengambil gambar tertuduh dan kesabaran peguam tertuduh untuk melindungi kliennya.
The former makeup artist was charged with 12 counts of money laundering involving RM418,400 between 2018 to 2019. pic.twitter.com/IjnuNWcbY4
— The Star (@staronline) March 17, 2021
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat aksi jurugambar tersebut dan ada juga tidak bersetuju dengan tindakan jurugambar yang berdedikasi mahu mengambil gambar tertuduh. Malah, ada juga yang mengatakan aksi jurugambar dan peguam tersebut seperti sedang menari atau bersilat.
Pundek cameraman. Ingat photoshoot pengantin ke hanat nak cebok low angle apa semua 😂 but the lawyer did a very good job to protect her client! https://t.co/3bzNguWou4
— Jaq (@RazzaqJe) March 18, 2021
Aye no body give a single f bout the charge, Im enjoying the camera man’s attitude. https://t.co/sk5AXlo0dc
— Joe Dicit Lux (@ElJohanSulaiman) March 18, 2021
Asal photographer tu cam nak bukak jurus jer tu😂 https://t.co/TFHAnaPaiV
— кคץ™ (@syakirothmann) March 18, 2021
Bukan itu sahaja, para netizen juga cukup kagum dengan kesungguhan jurugambar tersebut demi untuk mendapatkan gambar tertuduh. Apakah pendapat anda selepas melihat aksi gigih jurugambar tersebut?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Chef Wan Buli Uncle Roger Dan Ajar Cara Masak Dengan Betul Tanpa Guna MSG
Gadis Berkebaya Merah Disaman JPJ Selepas Pamer Skil Tunggang RX-Z