Baru-baru ini tular satu video di Facebook dari seorang pengasas aktivis hak pengguna jalanraya Brotherhood, Lando Zawawi yang heboh mengenai isu beliau ditegur oleh pekerja stesen minyak kerana merokok di dalam kawasan stesen minyak.

Kejadian yang berlaku di salah satu stesen minyak di Setia Alam ini dikatakan bermula apabila Lando menyalakan rokok di dalam kereta yang menyebabkan tindakan refleks dari seorang pekerja di stesen tersebut pantas mengambil alat pemadam kebakaran dan mengacukan kepada beliau. Hal ini kemudian menyebabkan beliau membuat laporan di balai polis berdekatan.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Lando tampil sekali lagi di stesen minyak berkenaan untuk bertemu dengan pekerja tersebut yang dikenali sebagai Loius dan memintanya untuk meminta maaf. Video yang dimuat naik di Facebook Lando Zawawi kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Beliau mempertahankan tindakannya dengan menyatakan beliau menyalakan rokok di dalam kereta dan akan beredar dari stesen tersebut.

Berikutan desakan dan kritikan yang diterima daripada netizen mengenai tindakannya, Lando akhirnya memuat naik satu video permohonan maaf mengenai isu tersebut.

Namun dalam video berdurasi 2 minit 53 saat tersebut, sepatutnya pihak stesen minyak memberi peringatan terlebih dahulu sebelum ‘menyerang’ pelanggan seperti yang dilakukan oleh pekerja berkenaan.

Umum mengetahui risiko yang bakal terjadi jika terdapat bahan pencetus kebakaran di sekitar premis berkenaan seperti beberapa kes yang berlaku beberapa tahun lalu yang menyebabkan kebakaran kenderaan ketika berada di stesen minyak.

Jika dilihat semula dalam kes ini sepatutnya pengguna stesen minyak lebih peka dengan undang-undang dan peraturan yang ditampal di setiap stesen pam untuk menjamin keselamatan diri sendiri dan pengguna lain.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

GNR_Vocket_20x30in

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!