Bersempena ulang tahun Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. yang ke-30, Syarikat telah melancarkan peraduan ‘ The Ultimate Sports Experience – Spend & Win’ yang telah berlangsung sejak Julai 2023 sehingga Mac 2024. Hampir RM 1juta nilai hadiah yang ditawarkan, antaranya adalah telefon bimbit, perkakas rumah dan baucer tunai.

Mohd Muazzin Rosely dinobatkan sebagai pemenang bertuah apabila dia berjaya menjadi pemenang utama Grand Finale, sekaligus memenangi dua tiket bagi menyaksikan Pembukaan Rasmi Sukan Olimpik serta penginapan 7 hari 6 malam di Paris.

“Saya berasa sangat terkejut dan pada masa yang sama teruja dengan kemenangan ini.

“Saya akan terus sokong Al-Ikhsan pada masa hadapan kerana ia satu jenama yang boleh dipercayai serta mempunyai kualiti barang yang bagus,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Sumber Manusia Al-Ikhsan, Farouk Abdul Khalid pula mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana memberi sokongan yang teguh selama 30 tahun penubuhan Al-Ikhsan.

“Kehadiran Al-Ikhsan selama 30 tahun di Malaysia telah mempengaruhi lebih ramai peminat sukan untuk kekal aktif dengan Al-Ikhsan Sports, yang dikenali sebagai pusat runcit sukan berkualiti dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Hadiah Grand Finale pula diberikan kepada 10 pemenang yang berbelanja bersama jenama Al-Ikhsan selama tempoh peraduan itu.

Antara hadiah Grand Finale adalah tiket bagi menyaksikan Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Olimpik Paris 2024, perlawanan bola sepak Euro 2024 di Jerman, perlawanan bola sepak membabitkan Liverpool di Stadium Anfield dan baucer tunai.