Siri iPhone 14 pada kali ini menampilkan beberapa kemas kini menarik terutamanya buat versi Pro. Hal ini sudah pasti meningkatkan lagi kos pengeluaran sesebuah iPhone pada kali ini.

Menerusi laporan Nikkei Asia, mereka mendedahkan kos pengeluaran siri iPhone 14 meningkat kepada hampir 20% berbanding generasi siri iPhone sebelumnya. Perkara ini sekaligus menjadikan pengeluaran iPhone 14 adalah termahal dalam sejarah Apple.

Artikel Berkaitan:

Sumber Gambar: Tom’s Guide

Difahamkan produksi bagi model iPhone 14 Pro Max melibatkan kos sebanyak $501 (~RM2,329.65) seunit, iaitu $60 (~RM279.00) lebih mahal berbanding iPhone 13 Pro Max terdahulu. Peningkatan ini terjadi ekoran daripada kos pengeluaran cip A16 Bionic yang digunakan dalam iPhone 14 Pro yang berharga $110 (~RM511.50).

Kos tersebut dilihat 2.4 kali ganda lebih mahal berbanding cip A15 yang terdapat pada iPhone 14. Apple tidak menaikkan harga untuk model terbarunya di Amerika Syarikat dan beberapa pasaran lain tetapi kos pengeluaran yang lebih tinggi bermakna margin keuntungan syarikat mereka berpotensi menyusut juga.

Harga jualan iPhone 14 Pro di Malaysia adalah bermula dari RM5,299. Harga tersebut adalah sedikit lebih mahal berbanding sewaktu iPhone 13 Pro diumumkan tahun lalu yang hanya berharga dari RM4,899.00 sahaja.