Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan pihaknya telah menyita pelbagai barang mewah dari kediaman pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri yang dikaitkan dengan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.
Memetik Harian Metro, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan kira-kira RM16 juta di kediaman individu terbabit di Bandar Tasik Selatan, Cheras, semalam.
Baca Juga:
Menurut Bahagian Komuniksi Strategik SPRM berkata, nilai sitaan barangan-barangan itu merangkumi seperti berikut:
1. 84 beg mewah bernilai kira-kira RM3 juta
2. 11 jam tangan berjenama bernikai kira-kira RM1 juta
3. Jongkong, syiling dan patung emas bernilai kira-kira RM3 juta
4. Syiling dan patung emas bernilai kira-kira RM3 juta serta berlian dan barangan kemas bernilai kira-kira RM4 juta
5. Satu set alatan kasino berjenama mewah dianggarkan bernilai RM150,000
Senjata api turut ditemukan di rumah Tan Sri
Memetik laporan itu lagi, pihak SPRM turut menemui sebuah bilik rahsia kebal yang juga tempat simpanan senjata dan peluru.
Namun tiada sitaan dilakukan kerana senjata berkenaan didaftarkan atas nama syarikat keselamatan milik Tan Sri itu.
Dalam pada itu SPRM menggunakan bantuan anggota Anti-Corruption Tactical Squad (ACTS) dalam proses merakam keterangan seorang individu bergelar Tan Sri, semalam kerana mengesyaki ada bilik rahsia dalam kediaman individu berkenaan.
Pasukan ACTS digunakan dalam proses penggeledahan kediaman individu terbabit di Bandar Tasik Selatan, Cheras kerana individu berkenaan disyaki menyimpan senjata dalam bilik rahsia.
“SPRM mendapat maklumat terdapat bilik rahsia yang menyimpan barang berharga termasuk senjata yang berkaitan dengan siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang di kediaman individu itu.
“Kehadiran pasukan ACTS adalah bertujuan menjaga keselamatan dan mengiringi pegawai serta barang yang disita untuk dibawa pulang ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya,” katanya.
Pada masa sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan penggeledahan dan sitaan berkenaan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi sitaan akan dilakukan.
Sementara proses rakaman keterangan individu terbabit akan ditangguhkan pada satu tarikh lain disebabkan faktor kesihatannya.