Kanak kanak perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini di Eco Iskandar Puteri, Johor Bharu pada Sabtu lalu kira kira 8.30 malam, akhirnya ditemui selamat di Batang Kali, Selangor.
Pencarian kanak kanak bernama Albertine Leo itu dilakukan oleh pihak PDRM dan juga pihak keluarga yang meminta bantuan daripada orang ramai.
Hebahan dibuat di platform seperti Facebook dan berita tentang kehilangan budak perempuan tersebut mendapat liputan meluas daripada media.
Netizen turut bersedih dengan berita tersebut dan tidak henti henti menyatakan kata kata sokongan kepada keluarga mangsa.
Pada hari ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa Albertine Leo, telah pun ditemui dalam keadaan selamat – menurut sumber Harian Metro.
Sumber yang sama menyebut bahawa kes kehilangan Albertine Leo Kes telah diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.
Polis Johor semalam menahan 3 orang individu untung membantu siasatan berhubung dengan perkara tersebut.
Suspek kesemua adalah warga tempatan berusia 28 hingga 55 tahun. Polis menahan ketiga tiga suspek itu ditahan di kawasan Gelang Patah, jam 1.30 petang.
Dan mereka kesemua ditahan reman selama 4 hari. Buat masa ini tiada lagi maklumat lanjut berkenaan dengan siasatan.