Pelumba Gresini Racing, Alex Marquez meraih kejuaraan MotoGP sulung dalam kariernya selepas berjaya mengungguli Grand Prix Sepanyol yang berlangsung di Jerez, sebentar tadi.

Kemenangan bersejarah Alex turut mencipta sejarah baharu dalam sukan pemotoran ini apabila menjadi adik-beradik pertama berjaya memenangi perlumbaan MotoGP.

Baca Juga:

Selain itu, 25 mata diraih telah meletakkan Alex Marquez sebagai pendahulu MotoGP dengan 140 mata untuk hanya satu mata meninggalkan abangnya, Marc.

Alex Marquez
MotoGP – Spanish Grand Prix – Circuito de Jerez, Jerez, Spain – April 27, 2025 BK8 Gresini Racing MotoGP’s Alex Marquez celebrates winning the race REUTERS/Jon Nazca

Nasib Berbeza Abang Alex Marquez

Marc sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-12 selepas beliau terjatuh ketika perlumbaan memasuki pusingan ketiga sewaktu cuba untuk mengejar rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia.

Pelumba Ducati Lenovo Team itu bangkit dan kembali meneruskan perlumbaan tetapi kehilangan banyak masa menyukarkannya untuk bersaing dengan kelompok hadapan.

Fabio Quartararo yang menunggang Monster Energy Yamaha menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua manakala tempat ketiga menjadi milik Bagnaia.

Alex Marquez
MotoGP – Spanish Grand Prix – Circuito de Jerez, Jerez, Spain – April 27, 2025 Monster Energy Yamaha MotoGP’s Fabio Quartararo in action during the race REUTERS/Jon Nazca

Ini merupakan tonik berguna buat Fabio yang kembali menaiki podium dimana kali terakhir pelumba dari Perancis itu melakukannya adalah pada Grand Prix Indonesia 2023.

Bagi semua pelumba, perlumbaan di Jerez memberi gambaran jelas tentang betapa sengitnya persaingan dalam MotoGP, di mana setiap detik dan setiap pusingan boleh mengubah segala-galanya.