Alice Chang semakin dikenali ramai kerana diselebungi insiden salah laku di tempat kerja sehingga terpaksa diberhentikan kerja beberapa kali dalam masa singkat.

Dengan popularitinya kian melonjak naik, dia dengan mudah mendapat kerja baru lagi di sebuah kedai menjual baju tradisional India yang mana tular video dia mengenakan sari sambil mempromosikan kedai tersebut.

@indya_my

Happy Deepavali!!! Welcome to Indya Brickfields. Say “hello” to our new recruit SA Ms Alice Chang 👋🏻 We have new collections just arrived to make your festival more colourful!!! #indya #indyamy #indyakl #fashion #alicechang #indyajb #indyaklang #deepavali2024 #fashionkl

♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (Speed Up) – PONCHET

Siapa sangka baru kerja sehari di kedai tersebut dia lalu meletakkan jawatannya kerana merasakan gaji yang dibayar tidak memenuhi matlamat kewangannya.

“Hi Sathia, saya ingin minta maaf untuk memaklumkan kepada awak selepas membuat pertimbangan dengan teliti, saya telah memutuskan bahawa tidak akan dapat meneruskan kerja di kedai anda.

“Ibu saya memberitahu bahawa gaji saya tidak memenuhi keperluan saya, terutamanya memandangkan populariti saya yang semakin meningkat di media sosial,” katanya di sebuah tangkap layar WhatsApp yang tular.

Tambah Alice, dengan populariti yang kian meluas turut melayakkan lagi dirinya dibayar dengan jumlah yang lebih besar kerana boleh memberikan impak yang besar kepada bisnes seseorang.

Alice Chang Tarik Diri Dari Tempat Baru, Siap Minta Bayaran RM80 Selepas Kerja Sehari
Sumber Gambar: FB
Alice Chang Tarik Diri Dari Tempat Baru, Siap Minta Bayaran RM80 Selepas Kerja Sehari
Sumber Gambar: FB

Tidak hanya itu, dia malah dakwa mahu mengejar peluang yang lebih besar dalam erti kata lain mendapat tawaran kerja yang lebih lumayan dari mereka yang mahukan perkhidmatannya.

Selepas berterima kasih, dia dengan selambanya meminta Encik Sathia untuk menjelaskan bayaran RM80 kerana sudah bertugas sehari di kedai tersebut.

Alice Chang Tarik Diri Dari Tempat Baru, Siap Minta Bayaran RM80 Selepas Kerja Sehari
Sumber Gambar: FB

Gambar tangkap layar perbualan antara Alice Chang dan pemilik atau pengurus kedai itu langsung menjadi bualan hangat di media sosial. Rata-ratanya netizen hanya mampu menggeleng kepala dengan sikap Alice Chang yang tidak tahu bersyukur dengan tawaran kerja yang diterima meskipun miliki sejarah hitam sebelum ini.

 

 

Sumber