Setiap bulan pasti ada saja rakaman video melibatkan pemandu Myvi dan rider yang akan menjadi bualan orang ramai. Samada rider bantu orang ramai, rider kena tampar, pemandu Myvi terbangkan kereta dan pemandu Myvi tanpa segan-silu melanggar undang-undang jalan raya.

Baru-baru ini tular di TikTok di mana seorang rider nyaris melanggar sebuah Perodua Myvi yang mahu masuk simpang kiri secara tiba-tiba. Rider tersebut kelihatan sempat membuat ‘brek mengejut’ bagi mengelakkan kemalangan di antara kedua-dua pihak menjadi lebih teruk.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
@bang_merah

Bila bawak myvi mmg auto kena rasuk ke😮‍💨#king#malaysia#Myvi#buathalsendiripasni

♬ Mission Impossible Theme (Movie Trailer Mix) – Dominik Hauser

Pemandu Myvi tersebut segera memberhentikan kenderaan setelah perasan rider tersebut sudah terjatuh. Seorang lelaki yang turut berada berhampiran di tempat kejadian turut bergegas bagi membantu rider yang terjatuh itu.

Video pendek berdurasi kurang dari 30 saat ini telah menjadi bualan orang ramai kenapa pemandu Myvi tersebut mengambil ‘lajak’ terlalu jauh untuk masuk ke simpang kiri.

Lebih mencuit hati sekali apabila pemandu Myvi tersebut keluar dari kereta dan kelihatan seperti ‘menadah tangan’ seakan-akan meminta maaf di hadapan rider yang sudah jatuh terbaring di atas jalan raya.

vocket-rider-nyaris-langgar-myvi-8
Sumber Gambar: TikTok @bang_merah
vocket-rider-nyaris-langgar-myvi-4
Sumber Gambar: TikTok @bang_merah
vocket-rider-nyaris-langgar-myvi-7
Sumber Gambar: TikTok @bang_merah
vocket-rider-nyaris-langgar-myvi-6
Sumber Gambar: TikTok @bang_merah
vocket-rider-nyaris-langgar-myvi-10
Sumber Gambar: TikTok @bang_merah

Difahamkan kejadian ini berlaku di kawasan Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Semoga rider tersebut dan pemandu Myvi itu telah menyelesaikan perkara ini dengan baik memandangkan tiada pelanggaran teruk berlaku di antara kedua-dua belah pihak sewaktu kejadian.

Pada awal bulan ini seorang rider Foodpanda telah dipuji netizen kerana membantu polis menangkap seorang perompak yang kebetulan berlari di belakangnya.

‘Rider’ foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak

Lambat Siapkan Tempahan Makanan, Pemilik Restoran Ini Tampar ‘Rider’ foodPanda

Sumber