Ketika ini, sudah banyak iklan raya dilancarkan dan boleh dikatakan setiap iklan memiliki mesej serta keistimewaannya tersendiri.
Walau bagaimanapun, pelakon Beto Kusyairy menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat menghiasi 6 filem pendek raya pada tahun ini.
Baca Juga:
- Ini Senarai Iklan Raya Terbaik 2024 Yang Wajib Anda Tonton
- Diadaptasi Daripada Kisah Benar, Iklan Raya RHB Group ‘Lembaran Baru’ Ini Buat Netizen Sebak
- Filem Pendek Raya ‘Keberkatan Lebaran’ Zahir Rasa Syukur Di Atas Nikmat Kurniaan-Nya!
Media: Berapa banyak filem pendek raya Beto nak berlakon untuk tahun ni?@Beto_Kusyairy: ✨ YES ✨ pic.twitter.com/QXDEK57KX8
— Wana (@wansyazwanaa) April 5, 2024
Untuk pengetahuan anda, filem pendek raya yang dilakonkan oleh Beto iaitu Tak Pernah Suka Mak oleh Elrah Exclusive, Duit Raya Fazli oleh BHPetrol, Janji Amir oleh AGROBANK, Potret oleh ADABI, Bahagiakan Raya oleh Furvit dan Silat Raya oleh ASDF.
Nampaknya Beto menjadi pilihan banyak syarikat untuk lakonkan filem pendek raya mereka. Susulan itu, Beto meminta maaf kepada umum jika ada yang muak dan jelak melihatnya dalam filem pendek raya.
Ampun kalau ada yang muak & jelak..🥹🙏 https://t.co/eu7dDTibi2
— Beto Kusyairy (@Beto_Kusyairy) April 5, 2024
“Ampun kalau ada yang muak dan jelak.” tulis Beto di laman X.
Walaupun sudah enam filem pendek raya dilakonnya telah dikongsikan di media sosial, tetapi satu lagi filem pendek raya yang memaparkan dirinya bakal dimuat naik tidak lama lagi.
Rata-rata netizen membalas komen Beto dan mengatakan mereka tidak muak serta suka dapat melihat Beto dalam pelbagai jenis filem pendek raya.
Mana mungkin muak. Susah nak cari pelakon yg bole menangis sebaldi siap keluar hingus.
5⭐️ (bukan Bulan BIntang tau! 😜) https://t.co/PhUD4QVIxt
— Shahmoses (@shahmoses) April 6, 2024
NOOOO, never. Teruskan berkarya. Industri Malaysia really needs actor like you my Beto 🥹💕 https://t.co/g5MvougTlu
— sara (@saraaRamlan) April 5, 2024
Jangan camni bang Beto 🥹 kita semua teruja setiap kali ada nama abang. Tvc ke, filem ke, telemovie ke. Lakonan sentiasa on point, alhamdulillah. Terima kasih sebab sentiasa begitu. 🫰🏼 https://t.co/zi4VM3Kcel
— .—..-.-.–™ (@xaminyx) April 5, 2024
Bukan itu sahaja, para netizen turut mendoakan agar Beto murah rezeki dan mengatakan setiap lakonannya memang menusuk ke dalam kalbu.