Selain Hari Guru, apabila anda habis sekolah atau mahu pindah sekolah pasti anda akan memberikan hadiah terakhir yang bermakna kepada guru dan juga rakan-rakan anda, bukan?
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @farahwen telah berkongsi video memaparkan detik hari terakhir anaknya di sebuah sekolah dimana anaknya mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan, senior sekolah dan gurunya.
Baca Juga:
- ‘Boleh Beli Axia’ – Netizen Terkejut Harga Stroller Yang Dibeli Pengasas Kosmetik Ini Bernilai RM23,000
- Tidak Sengaja Dibuang, Wanita Ini Nekad Selongkar Lori Sampah Demi Mencari Barangan Kemasnya
- Pemilihan Nia Atasha Sebagai Model Victoria Secret Buat Netizen Kurang Senang
@farahwen
Susulan itu, Farah memberikan sedikit kejutan dengan memberikan saguhati berupa barangan kemas bernilai RM32,490 kepada guru yang paling rapat dan banyak mendidik anaknya itu.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan segelintir netizen berasa cemburu melihat hadiah yang diterima guru anaknya itu.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berseloroh mahu menawarkan diri untuk menjadi guru kepada anaknya. Tidak kisahlah hadiah itu mahal atau murah, asalkan anda ikhlas memberi pasti akan dihargai.